in

Nasihat Najib Untuk Kerajaan

Najib Razak M 3517864K 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam Menteri Kewangan Lim Guan Eng mendedahkan tentang satu lagi skandal bernilai RM9.4 bilion yang selama ini dikatakan tersimpan dalam ‘Fail Merah’ yang hanya boleh diakses oleh individu-individu tertentu.


Lim mendakwa skandal ini juga mungkin berkait dengan kes 1MDB. Pun begitu, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukan saja menafikan terdapat sesuatu yang meragukan dalam projek itu malah turut memberikan nasihat kepada kerajaan.

J
sumber: mstar

Menurut Malaysiakini, Najib menasihati kerajaan baru supaya lebih berhati-hati membuat dakwaan kerana beliau merasakan ia bermotif politik. Bekas Presiden UMNO itu juga menegaskan bahawa sikap ini perlu lebih-lebih lagi apabila tuduhan yang dibuat melibatkan syarikat milik negara asing.

Tanpa sikap hati-hati, Najib mendakwa kerajaan baru mungkin akan mencetuskan kesan negatif terhadap hubungan dan perdagangan antarabangsa Malaysia. Beliau turut menjelaskan tentang skandal projek paip yang dibangkitkan Lim.

Skan
sumber: ismaweb

Terdahulu Lim meminta penjelasan daripada Najib berhubung dakwaan wujud penyelewengan dalam dua projek kerajaan, Saluran Paip Pelbagai Produk di Melaka yang bernilai RM5.35 bilion dan Saluran Paip Gas Trans Sabah yang bernilai RM4.06 bilion.

“Berdasarkan kepada ingatan saya, saya yakin, semua prosedur dan proses perundangan telah dipatuhi berkaitan rundingan dan perlaksanaan dua projek saluran paip dibangkikan Lim Guan Eng hari ini,” jelas Najib.

Image 1
sumber: sinar harian

Najib juga mengatakan beliau mendapati Lim ada menyebut bahawa kesemua bayaran yang dibuat kepada China Petroleum Pipeline Bureau (CPPB) mengikut perjanjian, dan bukan kepada pihak-pihak lain. CPPB ialah anak syarikat kepada salah sebuah syarikat terbesar di dunia dan dimiliki kerajaan China iaitu China National Petroleum Corporation.

Ooh Najib suruh kerajaan baru hati-hati buat tuduhan rupanya… 

Baca: Najib Kritik Kerajaan Baru

Najib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.