in

“Nasib la tak botak”- [Video] Gadis Tak Sedar Rambutnya Terbakar Ketika Pegang Kek Hari Jadi

Ft Rambut E1607850657686

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biasalah bila hari jadi kawan-kawan semua excited nak raikannya. Ada yang cari belon, ada yang cari kek ada pula yang kerjanya jadi dalang untuk untuk mengaburi plan kepada mangsa hari jadi tu.


Tapi tak sah kalau kejutan hari jadi tak kecoh dengan perangai masing-masing, iya lah bukan senang nak rancang mesti ada over-excited, yang careless pun mesti ada.

Macam perkongsian di Tik Tok ni, belum sempat kejutan di buat, dalangnya dah terkejut dulu!

 

Lain macam ‘lilin’ hari jadi kali ini

Menerusi perkongsian yang dibuat di seorang pemilik Tik Tok di Indonesia, @viosaf rancangan kejutan hari jadi seorang rakannya hampir bertukar tragedi.

Video itu menunjukkan si gadis sedang bersedia untuk membuat kejutan kepada seorang rakan mereka.

Dia turut ditemani oleh beberapa orang lagi rakan-rakan dan salah seorang daripada mereka sedang memegang pizza yang telah dinyalakan dengan lilin.

Akibat terlalu gemuruh, rakannya itu tidak sedar yang rambut panjang telah disambar api.

Nasib baik tak botak!

@viosaf

Eh eh??? #fyp #fypシ #gafypgapapa #sadgirl #lol

♬ original sound – Mencintaidirisendiri:) – Jangan cari aku!

Kalaulah tak perasan tadi…

Dalam keadaan panik dan cuba untuk tidak menimbulkan kekecohan, si gadis berusaha untuk memadamkan api tersebut.

Sungguhpun video itu dianggap merbahaya, namun tidak dinafikan ramai netizen turut terhibur dengan perkara yang berlaku sampai ada yang minta part 2!

Image From Ios

Video tersebut turut ditonton sebanyak lebih 420 ribu kali.

Min harap-harap dapatlah diselamatkan, kalau tak, entah apa rupanya nanti…Korang jangan macam ni tau…

Baca : TikTok Satukan Kembar Yang Terpisah Selama 23 Tahun!

Capture 8

Sumber: Tik Tok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.