in

TikTok Satukan Kembar Yang Terpisah Selama 23 Tahun!

Ft Kembar E1619927453868

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sangka aplikasi Tik Tok yang sedang meningkat naik sekarang dapat menyatukan dua jiwa yang terpisah.


Bukan pasangan kekasih ya, itu Tinder.

Kisah ini berlaku di Indonesia apabila sepasang kembar seiras yang terpisah sejak kecil bersatu semula menerusi aplikasi itu. 

Treni Fitriyana berkongsi berita gembira itu di akaun Youtube miliknya Jumaat lalu.

Dalam video berdurasi hampir 8 minit itu, Treni menjelaskan dia dihubungi oleh seorang wanita bernama Trena Ayudia Yudistira mengatakan bahawa dia adalah kembar kepada wanita itu

Hah, nama pun lebih kurang tu!

@trenifitriyana

#1111ShopeeHaul #fypchallengeツ #cesbeforecus #fyp #fypシ #omnybuslaw #demo #beranda

♬ InsyaAllah – Elizasifa

 

Menurut Treni, video Tik Tok yang dikongsikannya sering dikatakan mirip seorang wanita namun tidak diendahkannya. Ye la, mungkin pelanduk dua serupa…

Namun keadaan menjadi semakin rumit apabila, jiran tetangga kepada Trena memberitahu bahawa video yang dihasilkan itu sangat menarik sedangkan Trena jarang membuat posting di Tik Tok.

 

Pertemuan semula

Setelah kerap menerima ‘pujian’ itu, Trena nekad untuk menghubungi Treni kerana dia yakin bahawa itu adalah saudara kembarnya lapor Tribunnews.

Berbeza dengan Trena, Treni tidak tahu sama sekali bahawa dia adalah anak angkat dalam keluarga itu.

Namun setelah dikongsikan beberapa gambar dan Facebook milik Trena, akhirnya Treni yakin yang dia mempunyai kembar.

Memisahkan anak tidak pernah menjadi impian mana-mana ibu bapa namun atas desakan pada masa itu, ibu bapa kandung Trena dan Treni terpaksa merelakannya.

Bapa kandung ternyata hiba apabila menerima perkhabaran tersebut dan dia cuba menjelaskan bahawa situasi yang sebenar.

@trenifitriyana

#duet dengan @clarishatania #duet #SehebohGoyangOkky #fypシ #samasamadaritiktok #fypシ #fyp #beranda

♬ Dj Play Date – Albarsabit ?

 

Hubungan mereka terputus apabila berlaku rusuhan pada masa itu dan Treni dibawa ke Pulau Jawa oleh keluarga angkatnya dan masalah telekomunikasi pada masa itu menyebabkan mereka terpisah selama 23 tahun lamanya. 

Mereka yang kini sudah berkahwin dan memiliki keluarga masing-masing akan bertemua buat pertama kalinya pada 21 hari bulan di Tasik Malaya.

Min doakan yang baik-baik, harap-harap kedua-dua adik beradik ini bakal bersatu kembali.

 

Baca : “Ada-ada je warga Indo ni” Tanggal ‘Masker’ Ketika Rusuhan, Lelaki Indonesia Ini Buat Netizen Terbahak

Capture 6 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.