in

“Nasib dia terbang, kalau dia junam masuk parit…” – Lagi Insiden Myvi Terbang, Patutlah Dipanggil ‘King Of The Road’

Myvi Terbang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau sebut sahaja pasal kereta Perodua jenis Myvi, pasti korang akan teringat beberapa insiden ‘extreme’ melibatkan kenderaan tersebut. Ini termasuklah kebolehan kereta ini yang dikatakan boleh ‘terbang’ ketika terlibat dalam kemalangan. Erk!  


Menerusi perkongsian Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS, satu kemalangan telah berlaku melibatkan Perodua Myvi di Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri, Johor Bahru.

Seperti yang korang dapat agak, menerusi video yang tular di media sosial, kereta Myvi ini telah mengejutkan orang ramai kerana sekali lagi ‘buat hal’ dan dikatakan telah ‘terbang’ hingga melepasi satu longkang besar di kawasan tersebut. Uish! 

Kalau tak percaya tengok video di bawah:

JENIS INSIDEN : KEMALANGAN JALAN RAYAAlamat: Jalan Indah Taman Bukit Indah,Iskandar Puteri Johor BahruTarikh/Masa :…

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Sunday, March 21, 2021

 

Menurut info awal yang didapati, mangsa iaitu seorang lelaki dikatakan tersepit di bahagian pemandu dan kereta tersebut dipercayai telah terbabas hingga ia berjaya melepasi longkang besar yang terdapat di tepi jalan.

Mangsa berjaya dikeluarkan oleh Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dan dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan. Walau bagaimanapun, masih tiada info lanjut mengenai kemalangan tersebut.

 

“Sebagai pengguna Myvi, berasa bangga kerana memiliki kereta terbang” 

Kejadian tersebut telah mendapat perhatian netizen dan ramai yang memberikan komen berunsur sindiran kepada pemandu terbabit.

Pun begitu, ada juga yang bimbang jikalau pemandu tersebut tidak bernasib baik, kemungkinan besar kenderaan yang dipandunya boleh terjunam ke dalam longkang besar berkenaan. Uish boleh meragut nyawa tu! 

Bangga

Apa-apapun, diharapkan semua pemandu kat luar sana berhati-hati di jalan raya. Jaga keselamatan anda. 

Baca: “Mengalahkan kelajuan cahaya” – Viral Video Myvi Hentam Van Dari Belakang, Netizen Terkejut Tengok Kelajuan Kereta Macam Nak Terbang!

Opps

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.