in

“Mengalahkan kelajuan cahaya” – Viral Video Myvi Hentam Van Dari Belakang, Netizen Terkejut Tengok Kelajuan Kereta Macam Nak Terbang!

Mendesup Nak Pi Mana

Semalam, viral di media sosial sebuah video yang menunjukkan satu kemalangan dahsyat yang berlaku di Bandar Kinrara, Puchong.

Menerusi video yang dikongsikan di Facebook, sebuah kereta Myvi berwarna merah dilihat memecut laju dan merempuh sebuah van dari belakang hingga menyebabkan kenderaan tersebut terbalik di atas jalan raya. 

Nah korang tengok betapa lajunya dia bawa kereta tu. Macam nak terbang dah oi min tengok! 

22Feb2021/SelangorVideo 1️⃣Kemalangan di hadapan corner (S) Pangsapuri Enggang Bk 6 Bandar Kinrara, Puchong petang tadi. Tiada maklumat lanjut diperolehi mengenai mangsa yang terlibat.#inforoadblock

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Monday, February 22, 2021

 

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 2 petang itu, bukan van tersebut saja yang dirempuhnya, malah Proton Waja yang berada di kanan van juga dilanggar dan seorang penunggang motosikal pula nyaris menjadi mangsa kerana berada beberapa meter di belakang van tersebut, lapor Astro AWANI.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at, pemandu Myvi yang berusia 26 tahun itu dikatakan cuba melarikan diri tapi berjaya ditahan orang awam yang kemudian menyerahkannya kepada pihak polis.

Footage pemandu Myvi cuba melarikan diri selepas terlibat kemalangan di Jalan Bandar Kinrara 6F,Bandar Kinrara petang…

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Monday, February 22, 2021

 

Lelaki pemandu Myvi itu dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan (BJST) untuk tindakan susulan. Hasil saringan ujian air kencing mendapati pemandu Myvi itu negatif dadah. 

“Polis akan menjalankan ujian alkohol terhadap lelaki itu yang didapati tiada rekod jenayah. Kita akan mohon reman terhadap suspek mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” kata Azman.

Pemandu van berkenaan dilaporkan parah akibat kemalangan tersebut dan kini ditempatkan di zon merah Hospital Serdang untuk rawatan.

Butiran peribadi pemandu van tersebut juga masih belum diperolehi daripada pihak hospital dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

 

“Dia punya laju macam kilat wei!” 

Dalam pada itu, video kemalangan tersebut yang tular di media sosial telah mendapat respon netizen yang rata-rata terkejut dan geleng kepala melihat kelajuan kenderaan Myvi tersebut.

Patutlah van tu terbalik! Mujur saja penunggang motosikal tu tak kena langgar kan? 

Laju Gila

Harap-harap pemandu van yang terlibat dalam kemalangan tu tak ada apa-apalah dan cepat sembuh. 

Baca: “Diarahkan berhenti tapi mereka lari” – [Video] Kejadian Sebenar Insiden Viral 2 Remaja Kemalangan Didakwa Ditendang Polis

Polis

Sumber: Facebook