in

Pemandu Wanita Terpaksa Rempuh Kereta Depan Dengan Sengaja Kerana Penumpang Asing Cuba Seluk Tangan Bawah Kainnya

Msian Girl Purposely Crashes Car To Seek Help After Foreign Worker In Vehicle Molests Her World Of Buzz 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Allahu! Menakutkan! Memang betul lah zaman sekarang ni kalau nak buat baik berpada-pada, niat baik seorang wanita di Johor Bahru ini untuk membuat kebaikan berubah menjadi tragis apabila dia terkena gangguan seksual.


Perkongsiannya di Facebook viral untuk mengikatkan kita semua bahawa kita mudah terdedah dengan bahaya di mana-mana saja.

 

Merayu minta tolong hantarkan ke bus stop sebab susah nak dapatkan teksi

Msian Girl Purposely Crashes Car To Seek Help After Foreign Worker In Vehicle Molests Her World Of Buzz
Gambar hiasan, sumber : wob

Ketika dia dalam perjalanan kerumah dari tempat kerja di Forest City, Johor sekitar 10 malam, dia ternampak ada seorang pekerja asing pengawal keselamatan meminta tolong.

“Dia minta saya drop dia di luar memandangkan susah nak dapatkan teksi untuk ke perhentian bas. Pada mulanya, saya tak nak tolong tapi lepas dia merayu beberapa lamanya saya pun hantarkan lah ke perhentian bas Gelang Patah.”

“Dia duduk kat belakang dan bila kami dah sampai di lebuh raya, dia tiba-tiba pegang tangan saya dan kaki saya, dia siap tarik baju saya lagi.”

Ish! Licik pula taktik dia ni, bukan itu je tau dia tiba-tiba pergi ke tempat duduk depan dan raba wanita ini. Orang asing tu siap letak tangan dia bawah skirt pemandu tu, namun dia bertindak pantas untuk tepis, malah pengawal tu rampas telefon bimbit wanita ni dan cuba nak kawal stering.

 

Sampai highway, mula meraba-raba seluk tangan bawah kain pemandu.

Msian Girl Purposely Crashes Car To Seek Help After Foreign Worker In Vehicle Molests Her World Of Buzz 2
Gambar hiasan, sumber : wob

Terkejut dengan tindakan pengawal tersebut, pengawal keselamatan mula pukul pemandu wanita ni. Memandangkan kereta tengah ada kat lebuh raya, tak ada kereta yang dekat dengan dia, dia membuat keputusan untuk naikkan speed kereta dan sondol kereta depan untuk menarik perhatian sebelum mendapatkan bantuan kerana bimbang dia diapa-apakan oleh ‘penyangak’ tu.

Dia cepat-cepat lambat tangannya di luar tingkat untuk mendapatkan bantuan.

“Bila dia tengok saya berhentikan kereta dan dapat menarik perhatian kereta lain yang lalu, dia terus merampas telefon saya dan cabut lari. Mereka menghentikan kereta mereka untuk bantu saya, pada waktu itu lelaki itu tertinggal beg dia dalam kereta saya, kat dalam tu ada telefon bimbit, passport dan permit kerja”

Nasib baik wanita tu cuma mengalami kecederaan ringan, dan lelaki yang dilanggar kereta tu memahami keadaan saya lepas saya menjelaskan segalanya.

 

Rempuh kereta depan, untuk dapatkan bantuan

59995457 2459208434130215 4882975939757080576 N
Sumber : facebook

Menerusi World Of Buzz, pengawal keselamatan itu di ambil bekerja oleh kontraktor , dan melalui info daripada dalam beg dia, polis dah mula kenal identitinya. Dia sekarang sedang diburu.

Aduhai, kepada kaum wanita di luar sana harap dapat jaga diri elok-elok terutamanya yang memandu berseorangan. Jangan anggap korang dalam kereta tu korang dah selamat, manusia sekarang kita tak boleh nak predict macam mana agenda mereka. 

 

Baca : Pemandu Wanita GrabCar Dicabul dan Diajak Seks Oleh Penumpang Warga Pakistan

Pemandu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.