in

“Nasib ada cikgu masa tu” – Budak Sekolah Hampir Diculik Lelaki Yang Menyamar Jadi Parents, Tapi Sempat Dihalang Guru

Featured Image Bapa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila dah kembali lagi musim persekolahan ni, macam-macam ragam dan kerenah pelajar yang terpaksa dihadapi oleh guru-guru.


Baru-baru ni, satu perkongsian di laman Facebook mengenai kejadian seorang murid perempuan hampir di culik oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

Tu sebab aku tak share sangat pasal anak anak aku dalam wall aku.. baik g sekolah atau memana ke.. Semalam je terjadi…

Posted by Ihsan Zainal on Monday, January 6, 2020

Menurut perkongsian @Ihsan Zainal, anak gadisnya itu hampir dijemput oleh lelaki yang tidak dikenali disebabkan lelaki itu tahu nama kanak-kanak tersebut.

“Lelaki tu nak jemput anak aku dengan hanya terbalikkan namanya. Rasanya try and error kot.” Ihsan

Kejadian itu berlaku sewaktu murid-murid hendak pulang ke rumah.

Bw7Kkqkceaenlxb
Gambar hiasan

Namun begitu, isteri Ihsan sudah berada di sekolah bagi menjemput anak mereka dan turut berada di belakang lelaki yang menyamar itu. Jadi sudah pasti dia terdengar nama anaknya itu di panggil.

Bukan itu sahaja, ada juga guru yang pada waktu itu sedang memantau berada disitu dan berasa hairan apabila lelaki itu memangil nama kanak-kanak tersebut tetapi dia bukan ibu bapanya.

Guru tersebut sempat menahan lelaki tersebut daripada mengambil muridnya itu.

“Awak bukan ibu bapa nya?” Guru

“Owhh tersalah sekolah.” Penyamar

Mungkin bimbang akan penyamarannya bakal terbongkar, lelaki itu dengan segera berkata bahawa dia tersalah sekolah setelah guru itu melarangnya mengambil kanak-kanak itu. Kemudian dia terus berlalu pergi.

Kejadian ini juga sudah di maklumkan kepada guru besar dan dikatakan guru besar akan mengambil tindakan lanjut supaya perkara yang sama tidak berulang.

Admin harap, parents lebih berhati-hati lepas ni. Macam-macam cara orang nak buat jenayah sekarang ni. Semoga semuanya selamat.

 

Baca: “Siang pun tak selamat” – Penunggang Motosikal Raba Dada Gadis Tingkatan 4 Masa Jalan Kaki Balik Dari Sekolah

Pervert Follows 16Yo Msian Student Molests Her As She Was Walking Home From School World Of Buzz 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.