in

“Ayah kata ada kerja outsation, rupanya…” – Gadis Ini Dedah Ayahnya Curang, Tapi Bila Selidik Dia Cuma ‘Bergurau’?

Feature Image Krismas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang kita tahu, setiap tahun mereka yang beragama Kristian akan menyambut perayaan krismas pada tanggal 25 Disember.


Macam biasalah, mana-mana individu yang menyambut perayaan, mesti ingin rasa suasana gembira. Tapi, lain pula kisah yang berlaku dekat gadis ini.

Baru-baru ni, seorang Insta famous yang berasal dari Amerika Syarikat telah memuat naik gambarnya yang kelihatan gembira menyambut krismas dekat laman Instagram.

Gadis ini di kenali sebagai @caitlyn rae, secara tiba-tiba mendapat direct message (DM) daripada individu yang tidak dikenalinya mengatakan kelibat bapanya ada dalam gambar milik Rae.

Mm
Sumber: twitter

Rae yang pada mulanya tidak mengetahui apa-apa mula menjadi serba salah apabila dia memuat naik gambar tersebut.

merry christmas i just ruined a family by posting on instagram- Selamat hari Natal, tak sangka gambar tadi dah porak perandakan rumah tangga orang” 

Bergurau tak kena tempat!

Namun, setelah mendapati perkara ini telah viral dan diketahui oleh ramai orang, gadis yang DM Rae itu tadi akhirnya mengaku bahawa dia cuma bergurau dan tidak menyangka orang ramai akan mengambil serius mengenai perkara ini.

Dmd
Sumber: twitter

Kenyataannya itu menjadi lebih dipercayai apabila lelaki yang dikatakan bapa kepada remaja tersebut muncul dan mengaku bahawa itu bukan dia.

Bila tengok balik, muka dia pun tak macam bapa orang pun.

https://twitter.com/Bruno_E_Ribeiro/status/1209669149020082178?s=20

Haish, kalau nak bergurau sekali pun jangan la sampai macam ni, tak memasal orang yang tak dikenali pun terlibat sama. Nasib baik dia mengaku bergurau, kalau tak mesti Rae ni rasa bersalah seumur hidup.

 

Baca: “Islam ini mudah namun jangan ambil mudah” – Gadis Muslim Gembira Rai Krismas Bersama Keluarga Bukan Islam

Eer

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.