in

“Kau tak bagi duit, aku sepak” – [VIDEO] Pelajar Sekolah Kena ‘Pau’ RM5 & Diterajang Pembuli

Featured Image Buli

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ni, bila kita sebut je pasal kes buli, memang dah banyak kali ia berlaku terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah.


Baru- baru ni, tular di laman Twitter mengenai seorang pelajar lelaki yang dibuli oleh seseorang yang kelihatan lebih dewasa dari dirinya.

Dalam video berdurasi 30 saat itu, kelihatan lebih kurang 4 orang remaja lelaki sedang mengelilingi mangsa sebelum salah seorang dari mereka merakam kejadian ini.

Kalau mengikut dialek percakapan yang dituturkan, kejadian yang berlaku dalam video ini berkemungkinan berasal dari negeri di Pantai Timur.

Tapi dalam video itu juga, hanya seorang lelaki sahaja yang kelihatan menjadi pembuli di mana dia meminta wang ringgit kepada mangsa.

“Rm5 campur RM5 berapa?”

Itu antara ungkapannya melalui video tersebut dan terus meminta wang ringgit kepada pelajar yang menjadi mangsa.

Namun, mungkin dia tidak mempunyai wang ringgit pada ketika itu, lalu mangsa nekad menanggalkan jam tangan yang di pakai dan ingin menyerahkannya kepada pembuli itu.

Tapi, mereka menolak pemberian jam tangan tersebut kerana menganggap jam tersebut merupakan hadiah daripada ibu mangsa.

Oleh kerana mangsa tidak mempunyai wang untuk diberi, dia akhirnya menerima tendangan di bahagian peha oleh pembuli sebelum dia dibenarkan untuk pergi dari situ.

2020 01 09T12 16 10
Sumber: twitter

Namun begitu, melalui perkongsian netizen juga, ada yang mengatakan bahawa lelaki pembuli tersebut pada sebelum ini pernah ada kes mencabul wanita.

Walau apa pun, admin harap adik yang di buli tu dapat pengadilan yang selayaknya. Semoga Malaysia bebas pembuli.

 

Baca: “Ini baru nama jangan kejut harimau tidur” – Netizen Puas Hati Bila Mangsa ‘Rembat’ Balik Pembuli Ni

Ma

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.