Murid Berusia 9 Tahun Maut Digilis Treler Ketika Pulang Dari Sekolah

Tambah ke Sumber Pilihan
Murid Berusia 9 Tahun Maut Digilis Treler Ketika Pulang Dari Sekolah

Kebiasaannya kenderaan muatan berat tidak sepatutnya menggunakan jalan raya ketika waktu sesak ataupun peak hour. Ini adalah kerana untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini dari berlaku.

Sebentar tadi tular satu berita yang melaporkan mengenai seorang murid perempuan berusia sembilan tahun maut akibat digilis treler ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah di Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang, pagi tadi.

https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1638439043829473281

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan berikutan kemalangan tersebut pada 11:25 pagi.

Beliau memberitahu, kejadian tersebut telah melibatkan sebuah lori treler yang melanggar motosikal yang dinaiki mangsa bersama seorang wanita berusia 54 tahun yang dipercayai pengasuh mangsa dan seorang kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun.

Difahamkan, pengasuh kepada kedua-dua kanak-kanak berkenaan baru sahaja mengambil mereka dari sekolah dan dalam perjalanan pulang ke rumah.

Whatsapp Image 2023 03 22 At 12.58.23 681X511 1

“Pengasuh dan kanak-kanak lelaki tersebut masing-masing cedera ringan, manakala kanak-kanak perempuan maut di lokasi kejadian,” kata Morni.

Menurut sumber, mayat mangsa telah pun diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala wanita dan kanak-kanak lelaki itu telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan lanjut.

Selain itu, ada juga warganet yang menitipkan pesanan agar pemandu-pemandu lori sentiasa beringat tentang blind spot mereka ketika memandu. Hal ini kerana, ada sesetengah pemandu yang dilihat suka melekatkan sticker pada cermin hadapan kenderaan mereka yang menambah risiko blind spot kepada para pemandu.

https://twitter.com/ZubirMarsan/status/1638441138662305793

Al-Fatihah kepada mangsa…

Sumber : Sinar Harian, Twitter

Baca : Pelajar Darjah 5 Maut Dihempap Tiang Gol Di Padang Sekolah

Murid Maut Dihempap Tiang Gol 728X383 1

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Farhan Sahak
Lagi tulisan Farhan
Seorang yang suka cuba aktiviti baru dalam kehidupan, tapi yang pasti dia tak pernah cuba awek member

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Murid Berusia 9 Tahun Maut Digilis Treler Ketika Pulang Dari Sekolah
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/murid-berusia-9-tahun-maut-digilis-treler-ketika-pulang-dari-sekolah/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM