in

“Nanti koma baru serius” – Mak Sakit Operation Mata, Pekerja Kesal Bos Tak Approved Cuti Gara-gara Baru Masuk Kerja

Jangan Cuti Dulu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kata orang, mak ada satu je dalam dunia ini. Biarlah hilang kerja tapi janganlah hilang mak tanpa kita berada di sisinya.


Semalam, viral di Twitter tentang kisah seorang lelaki bernama Hanafie yang nak apply cuti dari bosnya. Alasan Hanafie ialah ibunya bakal menghadapi pembedahan mata. Jadi dia inginlah bersama dengan ibunya pada hari tersebut.

 

“Bos yang tak ada perasaan, tak kisah laa baru kerja ke tak soalnya tu ibu kandung aku kot”

Biasanya kalau soal ibu ni, kita akan lembut hati dan pastinya mana-mana bos yang baik akan luluskan cuti untuk majikannya. Tapi lain pulak dengan bos Hanafie ni, dia tak setuju pekerjanya ambil cuti hanya kerana Hanafie baru saja mula kerja kat situ.

Lagi menambahkan drama, bos dia juga kata pembedahan yang dialami mak pekerjanya itu tak serius pun. Takat operate mata je. Aduhai! 

Mak 1

sumber: twitter

 

“Nak tunggu koma baru serius ke” 

Tertekan dengan sikap bos tersebut, pekerjanya ni rasa admin ada luahkan kepada ahli keluarga lain dan mereka sangat terkejut sebab bosnya cakap perkara ni tak serius. Yalah emak Hanafie ini ada 50/50 chance tau untuk operation tu.

Bak kata makciknya kat WhatsApp, “Nanti koma baru serious ya…” 

Mak 2

sumber: twitter

 

“Saya saran berhenti je kerja. Kerja banyak boleh dicari, mak cuma satu” 

Rata-rata netizen yang baca tweet ni memang bengang habislah dan ada yang siap suruh Hanafie ni berhenti kerja. Bak kata kat atas ni, kerja boleh dicari, emak ada satu je brader!

Cuti 1
sumber: twitter

 

“Gaya bahasa untuk mohon cuti macam tak cukup persuasive dan macam sesuka hati je” 

Dalam banyak yang menyokong tindakan individu ni, ada jugak tak setuju kerana merasakan apa yang dilakukannya ni nampak macam tak profesional.

Mungkin ada beberapa sebab yang buat bosnya tak approved cuti. Antaranya macam dorang cakap kat bawah ni.

Cuti 2
sumber: twitter

Apa-apapun bagi admin, sebagai manusia kita kenalah bertimbang rasa dengan pekerja kita tambah-tambah pulak mereka dalam keadaan susah macam ni. Bagi pekerja pulak, banyak-banyaklah kita berdoa dan sabar ye. Setiap dugaan ada hikmahnya.

Baca: “Mesti the boss so c*bai” – Netizen Bengang Wanita Bunuh Diri Di Mall Popular, Dikatakan Berpunca Sebab Stress Dengan Kerja

Featured 14 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.