“Mesti the boss so c*bai…”- Netizen Bengang Wanita Bunuh Diri Di Mall Popular, Dikatakan Berpunca Sebab Stress Dengan Kerja.

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Baru-baru ni mesti korang ada baca kan mengenai kes wanita terjun dari tingkat 1 di sebuah mall popular di ibu negara sehingga menyebabkan kematian.

Difahamkan adik lelaki kepada wanita tersebut memaklumkan yang didakwa punca kakaknya bertindak sedemikian adalah disebabkan stress di tempat kerja..ish bahayanya!

Left group whatsapp office secara tiba-tiba.

Lelaki itu yang bekerja sebagai tukang roti berkata, dia dihubungi oleh syarikat kakaknya dan dimaklumkan bahawa kakaknya sudah tidak pergi kerja sejak 26 Disember lalu iaitu dua hari sebelum kejadian.

Malah bukan itu sahaja, wanita itu turut dipercayai left group whatsapp syarikatnya secara tiba-tiba.

Menurut says sehari sebelum kejadian, lelaki tersebut memaklumkan yang dia dihubungi oleh rakan kakaknya yang memaklumkan tentang ‘perangai pelik’ wanita itu selain meminta dia untuk memberi perhatian yang lebih kepada kakaknya.

Keluar shopping dengan kakak, sebelum ke tandas dan………

Difahamkan, pada hari kejadian wanita itu keluar shopping dengan kakaknya, malah sebelum berlakunya insiden tersebut mereka bersama-sama ke tandas.

Namun kakaknya mula menyedari ada sesuatu yang tak kena apabila wanita tersebut tidak keluar-keluar dari tandas.

Tak lama lepas itu, kakaknya menyedari mayat mangsa di tingkat LG.

Posted by Mohd Kamal on Thursday, December 27, 2018

Saksi mengesahkan dengan New Straits Times bahawa wanita yang menangis di sebelah mayat tersebut merupakan kakaknya.

Malah China Press melaporkan yang wanita tersebut bertindak menggoyang mayat itu sambil berkata “kenapa kau begitu bodoh”..

Panjat pagar sebelum terjun..

Untuk rekod, pada 28 Disember lalu seorang wanita maut selepas terjun dari tingkat satu di pusat beli-belah di Petaling Jaya.

Dalam kejadian 11.20 pagi itu, mangsa dikatakan terjun dari tingkat satu pusat beli-belah berkenaan dan terjatuh berhampiran eskalator di tingkat bawah tanah 2 (LG2) bangunan berkenaan.

Pusat beli belah tersebut dalam satu kenyataan memaklumkan wanita terbabit dilihat memanjat pagar sebelum terjun dari tingkat satu.

Wanita itu dilaporkan mengalami kecederaan serius dan dihantar ke Pusat Perubatan terdekat sebelum disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital berkenaan.

Sementara itu, rata-rata netizen ‘panas hati’ bila dapat tau kemungkinan wanita tersebut bertindak bunuh diri disebabkan stress kat tempat kerja.

Bullying staffs is really can lead to mental illness…

To those heartless bosses, you are very lucky you don’t live in the west!

Bad employers continue doing this..

Managers/companies should stop expecting what they expect.

Admin harap tak akan ada lagi kejadian seperti ni berlaku sebab dah selalu sangat dengar pekerja stress kat tempat kerja.Nasib baik boss admin best!

Baca : Dah mampos ke belum? Ramai Betul Netizen Biadap Persenda Lelaki Nak Bunuh Diri Dekat KLCC

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.