in

Nampak Sama Tapi Tak Serupa, Ini Perbezaan Ayam Penyet, Geprek & Gepuk!

Ft Ayam Penyet Geprek Gembus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Makanan dari negara jiran, Indonesia sangat popular di Malaysia dengan tiga menu iaitu Ayam Penyet, Ayam Geprek dan Ayam Gepuk.


Sejujurnya min sendiri tak tahu apa bezanya, sebab rupa sama dimana ada ayam goreng, sambal dan sayur ulam. Namun begitu, baru dapat tahu lepas Paul Tan kongsikan perbezaan antara ketiga-tiganya.

 

1. Ayam Penyet

Penyet

Sebenarnya ketiga-tiga menu ini ada beza dari segi cara pembuatannya. Ayam penyet menu paling famous dalam kalangan kita, menu ini diperap dan digoreng, tetapi cara perapan dan penyediaan ada berbeza sedikit.

Ia adalah hidangan ayam ungkep bumbu kuning yang digoreng, ia kemudian dipenyetkan (penyek) sebelum dihidangkan dengan sambal. Rencah perapan ayam penyet ini menggunakan banyak rempah nusantara.

 

2. Ayam Geprek

Geprek

Berbeza dengan Ayam Penyet, Ayam Geprek pula memerlukan daging ayam untuk disalutkan dengan tepung sebelum digoreng dan disediakan bersama sambal. Sambal yang digunakan ada beberapa jenis. Malah, di negara asal menu ini, ada beberapa versi yang diolah dengan meletakkan keju parut atau keju Mozarella yang telah dicairkan.

 

3. Ayam Gepuk

Gepuk

Untuk Ayam Gepuk, daging ayam direbus dahulu sebelum digoreng, ia akan dihidangkan dengan sambal berkacang. Gepuk diambil daripada istilah penjual ayam goreng iaitu Ayam Gepuk Pak Gembus dan Gepuk ini adalah makanan khas Sunda yang terdiri daripada daging lembu yang diperap dengan rempah-rempah yang manis yang ditumbuk.

Ayam Gepuk Pak Gembus  ini lebih kurang dengan Ayam Penyet, ia diungkep (perap semua bahan dan dimasak sebentar) sebelum digoreng dan dihidangkan bersama sambal berkacang itu. Selama ni, min mati-mati ingatkan bezanya dari segi sambal je.

Baca : 5 Tempat Makan Terbaik Sekitar Lembah Klang Untuk Si ‘Kaki’ Pedas

Page 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.