in

“Muntah, cirit-birit” – Wanita Dakwa Adik Kena Kencing Tikus Lepas Makan Ayam Gepuk

Ayam Gepuk Kencing Tikus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika diperhatikan sekarang, banyak kedai makan yang menjual ayam gepuk ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.

Ini membuktikan menu ini bukan sekadar viral tetapi menjadi pilihan makanan harian orang ramai terutama golongan muda dan berkeluarga.


Jadinya, bila banyak pilihan kedai menjual ayam gepuk, pastinya kita mahukan premis yang menitikberatkan kebersihan.

Artikel berkaitan: Nampak Sama Tapi Tak Serupa, Ini Perbezaan Ayam Penyet, Geprek & Gepuk!

Kena kencing tikus lepas makan ayam gepuk

Bagaimanapun, seorang pelanggan melalui pengalaman pahit apabila dia didakwa terkena kencing tikus selepas menikmati hidangan tersebut.

Perkara itu dikongsikan oleh ahli keluarganya yang mengatakan adiknya kini berada dalam zon kuning selepas mengalami cirit-birit dan muntah selama dua hari.

Menurut Arieynna, pada minggu lalu, adiknya telah menikmati hidangan ayam gepuk di sekitar Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, pada keesokan hari, adiknya mengalami muntah dan cirit-birit. Malah, pernah terjatuh daripada bilik air serta tidak boleh bangun kerana tidak larat.

“Esok paginya tu, dia dah mula demam. Masuk bilik air, jatuh lagi sebab dia kata pitam, tapi tengok dia macam menggigil, badan dia kebas, dia muntah dan cirit dalam masa sama.

“Bawa pergi kecemasan, dikesan kurang garam dalam badan. Malam boleh balik. Tapi dua hari selepas itu masih demam, cirit-birit, dan muntah,” ujarnya.

Disebabkan tidak tahan kerana sakit yang dialami, adiknya pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan, namun tidak menyangka terkena jangkitan yang boleh membahayakan nyawa.

Screenshot 2026 05 19 155010

Arieynna memaklumkan adiknya kelihatan begitu tidak bermaya kerana badannya begitu lemah dan kini sedang dirawat di zon kuning.

Susulan insiden itu, dia meminta orang ramai supaya berhati-hati apabila menikmati hidangan tersebut.

Perkongsian tersebut turut meraih perhatian ramai, rata-rata netizen mengadu tentang tahap kebersihan segelintir premis yang menjual ayam gepuk.

Netizen turut berharap pihak berkuasa membuat pemeriksaan terhadap premis berkenaan dan mengenakan tindakan sewajarnya jika benar dakwaan terbabit.

Screenshot 2026 05 19 155530 Screenshot 2026 05 19 155712 Screenshot 2026 05 19 155723

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.