in

Pepper X Kalahkan Carolina Reaper Sebagai Lada Terpedas, Ini 5 Cili Paling Pedas Di Dunia Mengikut Turutan

Collage 23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebanyakan orang Malaysia memang tak boleh kalau makan sesuatu tapi takde rasa pedas, cili padi ni dah macam sebahagian budaya dekat Malaysia. Tapi sejak akhir-akhir ni, ramai yang telah cuba untuk makan makanan pedas atau cili yang pedas sebagai cabaran sampai ada orang tertanya-tanya, cili apa paling pedas dalam dunia ni?


Satu rancangan TV popular bernama Hot Ones yang melibatkan selebriti perlu makan ayam pedas sambil jawab soalan biasa ini turut membuatkan ramai petani telah cuba bermacam cara untuk mencipta cili paling pedas.

Hinggakan, ada satu cili baru yang telah diperkenalkan pada tahun lepas (2023) sebagai cili paling pedas di dunia mengalahkan Carolina Reaper yang telah memegang takhta sebagai cili terpedas di dunia selama 10 tahun.

Artikel berkaitan: “Sampai meragut nyawa” – Syarikat Di US Terpaksa Tarik Balik Tortilla Paling Pedas Di Dunia

Artikel berkaitan: “Tengok je dah rasa pedas” – Jom Kenali Festival Cili Yang Diadakan Setiap Tahun di Hunan, China

Jadi, kalau korang nak tahu cili apa yang pedas, jom tengok senarai dekat bawah ni dan kisah disebalik cili-cili ni!

1. Pepper X

Ap23285505309991 Custom 8Ed54B7F298A5E46E4D9935Fef56601D0Becf33D S1100 C50

Pada Oktober 2023, perternak cili dari South Carolina, Ed Currie telah membuktikan bahawa dia merupakan pakar dalam mencipta rekod dunia untuk cili paling pedas, Pepper X dengan mengatasi rekodnya sendiri 10 tahun lalu dengan cili terkenal Carolina Reaper.

Ciptaan terbaru ini mempunyai rating Scoville Heat Units (SHU) sebanyak 2,693,000. Kalau korang nak tahu betapa pedasnya cili ni, cili padi yang kita selalu makan tu ukuran kepedasan dia ekitar 50,000 – 100,000 SHU.

Currie telah memperkenalkan Pepper X di dalam rancangan Hot Ones, dengan menunjukkan betapa pedasnya cili tersebut. Currie turut menjelaskan pengalamannya makan cili tersebut:

Saya dapat rasa kepedasannya selama tiga setengah jam sebelum saya mula rasa kekejangan. Sakit kejang tu memang sangat teruk sampai saya terpaksa baring kesakitan atas lantai selama satu jam dalam hujan.”

Walaupun Currie telah memperkenalkan Carolina Reaper 10 tahun yang lalu, dia menerangkan yang dia telah menternak Pepper X ni sejak beberapa tahun yang lalu dan ia mengambil masa 10 tahun untuk melalui fasa penternakan kacukan termasuk lima tahun ujian untuk membuktikan Pepper X merupakan tanaman yang unik.

Tak seperti Carolina Reaper, Currie tak menjual benih Pepper X kerana lebih 10,000 syarikat telah menggunakan nama Carolina Reaper tanpa izinnya dan dia mahu pastikan Pepper X dapat memberikan dia peluang untuk memberi kehidupan yang baik untuk keluarga dan pekerjanya.

Jadi untuk sesiapa yang nak cuba cili paling pedas di dunia ni, korang kena beli produk dari syarikat Currie, PuckerButt Pepper Company.

2. Primotalii Pepper

Sm Primotalii Pepper Ripe 2.Jpg

Sebelum Pepper X diperkenalkan sebagai cili paling pedas di dunia, terdapat beberapa perdebatan di antara penggemas pedas tentang cili mana yang dapat menangani kepedasan Carolina Reaper.

Salah satunya merupakan Primotalii pepper yang dikatakan lebih pedas berbanding Carolina Reaper.

Walaupun tak ada rating rasmi SHU untuk cili ini, beberapa orang mengatakan Primotalii ini mungkin mempunyai kepedasan sebanyak 2,200,000 SHU.

Tapi cili yang dicipta oleh Chris Saunders ini tak pernah cuba untuk memecahkan rekod cili terpedas di dunia. Ni baru betul kecil-kecil primotalii, humble tapi…

3. Carolina Reaper

42E9Acca64041B011Bf6E716925B88692335292C

Carolina Reaper telah berjaya memegang takhta sebagai cili paling pedas di dunia selama 10 tahun. Sama seperti Pepper X, cili ini juga asalnya telah dicipta oleh Ed Currie.

Kepedasan Carolina Reaper ini terlalu dahsyat sehinggakan pekerja dilaporkan perlu memakai dua lapis sarung tangan untuk mengeluarkan benih cili ini.

Carolina Reaper mempunyai tahap kepedasan sebanyak 1.56 juta SHU dan penciptanya sendiri tak boleh nak makan cili ini secara keseluruhan.

Mana tidaknya, masa dia menyambut ulang tahun Carolina Reaper ke setahun, Currie telah makan keseluruhan cili tersebut sehinggakan dia sukar untuk bernafas selama beberapa minit dan mengalami kekejangan perut yang teruk.

4. Naga Viper

Naga Viper Chilli Seeds

Naga Viper yang mempunyai ukuran kepedasan sebanyak 1,382,118 ini pernah dinobatkan sebagai cili paling pedas di dunia pada tahun 2011.

Cili ini dicipta oleh petani English bernama Gerald Fowler yang bekerja untuk syarikat Chilli Pepper di Cark.

Naga Viper ini merupakan hasil gabungan Naga Morich, bhut jolokia dan Trinidad Scorpion.

5. Ghost Pepper

Bhut Jolokia Pc

Ghost pepper atau turut dikenali sebagai bhut jolokia merupakan cili kecil hibrid yang berasal dari India. Cili ni boleh didapati di beberapa negeri di India seperti Assam, Nagaland, Manipur dan Arunachal Pradesh.

Dengan kepedasan lebih 1 juta SHU, ghost pepper pernah menjadi cili paling pedas di dunia pada tahun 2007 sehingga 2010.

Walaupun ia bukan dianggap sebagai cili paling pedas di dunia, ia telah menjadi salah satu kegemaran orang yang suka pedas. Tapi kalau korang makan cili ni, kena hati-hati dan jangan sentuh mata sebab cili ni sangat berbahaya sampai ia digunakan sebagai pepper sprays dan bahan untuk menghalau gajah.

Korang pernah try yang mana?

Sumber: ati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.