in

5 Tempat Makan Terbaik Sekitar Lembah Klang Untuk Si ‘Kaki’ Pedas

Page 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak cukup Malaysians lah kalau tak makan makanan pedas. Sesiapa yang ‘kaki pedas’ ni memang confirm akan rasa down kalau makanan yang dorang makan tu tak ada rasa pedas. Dia rasa macam tak complete!


Bagi nak puaskan craving korang tu, meh sini admin kenalkan beberapa kedai yang korang wajib singgah bagi merasa makanan yang pedas berapi. Mesti tak kecewa punya!

 

1. Restoran Ayam Gepuk Pak Gembus

28701391 185713892159878 7337940992978121578 O
sumber: fb

Setelah berjaya membuka 500 cawangan kat Indonesia, restoran ni cuba nasib kat Malaysia. Ternyata keputusan dorang tu membuahkan hasil sebab ramai gila yang sanggup beratur panjang nak merasa ayam gepuk dorang ni.

Ayam gepuk ni macam ayam penyet la tapi dia punya sambal tu memang power sampai berpeluh. Tagline dorang ialah “Tentukan sendiri pedasmu”, korang sendiri yang tentukan berapa banyak cili padi yang korang nak letak dalam sambal korang. So level korang apa?

Hot11
sumber: google
Hot15
sumber: fb

Alamat: Cawangan di Gombak, Selayang dan Keramat. Boleh check di sini.
Waktu Operasi: 11am – 10pm

 

2. Tiga Budak Gemuk

Hot8
sumber: ig

Korang kalau dah ada berdekatan Wangsa Maju tu bolehlah singgah ke gerai ni. Wajib cuba! Korang boleh nampak gerai ni dekat depan Garsa Kitchen. Walaupun nampak macam biasa-biasa je gerai ni, tapi belum bukak lagi orang dah start beratur.

Signature gerai ni ialah cili padi gesek dia yang memang pedas tak menahan. Boleh bengkak bibir kalau makan banyak sangat! Cili padi gesek dia ni dimakan dengan nasi putih, ayam kicap dan hirisan timun. Memang umphh habis! 

Hot12

Hot9
sumber: ig

Alamat: Seksyen 18, 40200 Shah Alam, Selangor.

Waktu Operasi: 12pm – 3.30pm

 

3. Rumah Makan Cibiuk

Hot10
sumber: blog

Kepada sesiapa yang teringin nak merasa makan makanan tradisional Sunda yang pedas menyinga bolehlah korang datang ke restoran ni.

Dengan tagline dorang “Rajanya sambal”, memang sesuai sangatlah sebab dorang sediakan bermacam-macam jenis sambal iaitu sambal belacan, sambal halia, sambal mangga, dan lain-lain. Tapi yang paling bestnya, semua sambal ni diberikan secara free! Biar betul?!

Hot16
sumber: tripadvisor
Hot10
sumber: ig

Restoran ini ada 5 cawangan sekitar KL dan Selangor. Lagi best warga Melaka dan Negeri Sembilan boleh jugak merasai nikmat makanan Sunda ni sebab ada juga cawangan dekat sana! 

Untuk cawangan restoran ni, boleh lawat laman web rasmi dorang

Waktu Operasi: 11am – 11pm

 

4. Restoran Salt & Pepper

Hot3
sumber: blog

Bila pedas lovers makan McDonald‘s Spicy Chicken McDeluxe, confirm hampa sebab memang tak pedas langsung! Bagi yang tercari-cari burger yang pedas, korang dijemput singgah ke kedai ni. Dorang claim burger dorang adalah yang paling pedas dalam Malaysia!

Main attraction dorang ialah Explosive Inner Core Burger. Dilengkapi dengan antara dua cili terpedas di atas muka bumi iaitu Carolina Reaper dan Bhut Jolokia, pedas dia memang menyeksakan! Kalau korang nak hilangkan stress bolehlah makan burger ni!

Hot5 1
sumber: forum cari
Hot13
sumber: twitter

Alamat: No. 46A, Jalan 3/70, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.
Waktu Operasi: 3pm – 11.30pm

 

5. NeNe Chicken

Hot2
sumber: placesandfoods

Ayam goreng dari chain store Korea selalunya memang boleh tahan la pedas dia. Korang yang biasa makan Kyochon rasa macam ayam dia pedas sopan je kan?

Tapi dekat restoran ni, pedas ayam perisa Freaking Hot ni memang tak boleh bawak main-main! Tambah-tambah makan time panas. Pedas gila! Disalut dengan sos pedas resipi rahsia, dijamin akan memuaskan craving ‘kaki pedas’ kat Malaysia ni.

Hot17

Hot14
sumber: blog

Alamat: Starling Mall, Level 2, Jalan SS21/37, Damansara Uptown, 47400 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: 10am – 10pm

Yang dah terliur tu, cepat-cepat pergi ke restoran ni semua. Jangan menyesal dah la!

Baca: 5 ‘Makanan’ Pelik di Malaysia Tapi Buat Korang Rasa Nak Cuba!

Ped2

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.