in

Nampak Macam Gila-Gila, Bacaan Al-Quran Mimi Peri Buat Ramai Terpegun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apabila sebut sahaja nama Mimi Peri, pasti anda akan terbayang video-video beliau yang melucukan dan gila-gila.


Populariti Mimi Peri mula meningkat naik di Malaysia selepas beliau membuat Instagram Live bersama beberapa selebriti Malaysia seperti Zizan Razak dan Fizz Fairuz.

Malah, beberapa video beliau juga sering tular di media sosial dan mendapat perhatian rakyat Malaysia kerana telatahnya yang menghiburkan.

View this post on Instagram

SAMA SAMAA NYNAYI DIKOMEN 'PAAAARI PURNAAAAAA Lagu religi ak baru ber judul pari purnaaa

A post shared by Mimi Peri Rapunchelle (@mimi.peri) on

Namun, siapa sangka disebalik perangai ‘gila-gila’ Mimi Peri ini, beliau mempunyai bakat yang terpendam. Video Mimi Peri membaca ayat Al-Quran baru-baru ini tular dan ramai yang memuji bacaan beliau yang lunak dan sedap untuk didengari.

Cuba tonton video di bawah ini!

Perangai gilaΒ² juak..amal ibadat kita jgn lupak..walaupun xpandey kata org…Al-quran pedoman hidup…#Respect

Posted by Qhai Ibrahim on Wednesday, May 13, 2020

 

Selepas mendapat liputan luas daripada media Malaysia, Mimi Peri memuat naik sebuah gambar dan meluahkan rasa terharu beliau kepada yang menyokongnya.

“Maf baru belajar ngaji”

 

BACA:Β Nak Mengaji Tapi Kurang Lancar? Aplikasi Ini Boleh Bantu Anda!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.