in

[VIDEO] Seram! Mimi Peri Jumpa Paku Dalam Makanan, Syak Hampir Kena ‘Buatan Orang’

Page Mimi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Sahur! Sahur!”


Mesti korang terbayang video Mimi Peri kejut sahur kan? Mana taknya, memang sepanjang bulan puasa haritu jadi trend suara dia setiap kali scroll TikTok. Tapi, suara dia sangatlah merdu masa mengaji!

Namun, sebalik popularitinya, Mimi Peri atau nama sebenarnya Ahmad Jaelani, hanyalah seorang manusia yang menjalani kehidupannya seperti orang lain juga. Baru-baru ini, kecoh apabila Mimi Peri tiba-tiba memohon maaf selepas terjadi sesuatu pada dirinya. Eh kenapa pulak ni?

“Tolong jangan kirim ke makanan aku yaa… Aku mau makan, ni bahaya banget loh (sambil tunjuk paku)… Aku minta maaf sama kalian kalau aku ada salah sangka…” – Mimi Peri

Ternyata dia sempat sedar kewujudan paku tersebut dalam makanannya dan bertindak menasihati orang ramai agar tidak melakukan perkara syirik itu kepadanya malah dengan tenang dia memberitahu kepada pemilik kedai tersebut tentang kejadian itu.

Video yang dikongsikan di TikTok itu hampir cecah 3 juta views dan meraih pelbagai reaksi dari netizen di bahagian komen yang kebanyakannya terkejut dengan insiden tersebut.

Tiktok Full 12

Bukan itu sahaja, turut ada komen yang mengatakan bahawa Mimi Peri seorang yang baik dan tidak seharusnya dilakukan sebegitu. Ada juga yang mendoakan agar dia sentiasa dilindungi oleh Allah SWT daripada perbuatan syirik.

Kesian Mimi Peri… Korang jangan pulak dekatkan diri dengan benda-benda syirik ni okay? Semoga kita semua dijauhkan dari benda-benda ni semua, Aminn…

Baca: “Nak pergi selamatkan Iqbal” – Terjah Rumah Jam 3 Pagi, DSV Dakwa Iqbal Kena Sihir

Untitled 2 13

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.