in

“Nampak celah nenen” – Jasmine Suraya Kena Hentam, Netizen Kecoh Pasal Tak Pakai Coli & Nampak Lurah

Jasmine Suraya

Instagram Jasmine Suraya baru-baru ini dipenuhi dengan komen ramai netizen yang mengkritik pakaiannya. Ketika itu dia menghadiri Most Glam 2019 anjuran Glam Malaysia dan Jasmine atau nama penuhnya Jasmine Suraya Chin Xian Mei, 30, mengenakan persalinan berwarna putih.

Apa yang menjadi kritikan netizen adalah kerana pakaian itu seksi sehingga menampakkan bahagian lurah dadanya. Malah, netizen juga persoal sama ada dia memakai coli atau tidak?

Menurut mStar, Jasmina memang mengambil langkah mengunci mulut daripada memberi kenyataan kerana takut ianya menimbulkan salah faham serta menyentuh sensitiviti masyarakat.

Saya faham ada netizen yang salah faham dan kurang senang melihat foto penampilan saya di sebuah acara hiburan yang dikongsikan di Instagram.”

Tetapi saya memilih untuk tidak memberi sebarang komen mengenai isu tersebut sebab ia akan melibatkan banyak perkara seperti agama.”

Kata Jasmine lagi, dia juga takut kenyataannya disalah erti atau menyinggung perasaan orang lain. Menyedari pemakaiannya itu menimbulkan pelbagai reaksi negatif, Jasmine berjanji akan lebih berhati-hati dalam setiap tindakannya.

Malah, dia sendiri terima kritikan yang membantunya memperbaiki diri tetapi mana-mana komen yang negatif dia akan abaikan saja.

Mungkin selepas ini saya perlu lebih berhati-hati apabila memuat naik sesuatu di Instagram. Apa-apa pun, saya terima saja komen daripada netizen. Yang boleh membantu perbaiki diri kelak, saya terima tetapi saya biarkan saja kalau komen tidak berfaedah.”

Komen Bodoh
sumber: instagram

Dia beragama Kristian dan berketurunan Cina kan? Apa yang netizen heboh nauuuu…

Baca: “Berlumba-lumba tayang gambar seksi” – Netizen ‘Perli’ Ainul Aishah Sebab Suka Upload Gambar Tunjuk Buah Dada

Ainul Aishah