in

“Nak test kepercayaan” – Wanita Langgar Rumah, Tiang Eletrik & 2 Kereta Lepas Bagi Tuhan ‘Drive’ 190Km/h

Nak Test Kepercayaan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Saya biar Tuhan ambil alih bawak kereta untuk uji kepercayaan saya pada-Nya.”


Begitulah pengakuan seorang wanita apabila disoal polis mengenai tindakannya melanggar lampu merah sehingga mengakibatkan kemalangan dua kereta, kerosakan sebuah tiang utiliti dan kerosakan sebuah rumah.

Accident E1626496404877

Memetik laporan DailyMail, insiden terbabit berlaku di Beachwood, Ohio, Amerika Syarikat pada 15 Jun lalu. Lebih mengejutkan, pemandu wanita berusia 31 tahun yang tidak didedahkan identitinya itu turut membawa bersama anak perempuannya yang berusia 11 tahun di tempat duduk penumpang hadapan.

Car Crash 60Ee8A90D85Bd E1626496074466

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kenderaan suspek dilihat melanggar lampu merah pada kelajuan 190km/h di sebuah simpang empat pada 15 Jun lalu sekitar beberapa minit sebelum tengah malam.

Disebabkan tindakannya itu, sebuah kenderaan lain yang mematuhi peraturan jalan raya dilanggar pemandu wanita terbabit sehingga mengakibatkan kerosakan pada bahagian hadapan kenderaan. Pun begitu, mangsa dilaporkan tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Tak habis kat situ je…

Menurut laporan lanjut, selepas pelanggarannya dengan kereta pertama, pemandu wanita terbabit hilang kawalan pada kenderaannya sehinggalah ia melanggar sebuah kenderaan lain, sebuah tiang utiliti dan sebuah rumah di Beachwood.

Walau bagaimanapun, jurucakap polis mendedahkan, ketika kejadian, rumah yang terlibat itu tidak berpenghuni dan bangunan itu hanya rosak sedikit akibat pelanggaran.

Employee 20With 20Cardboard 20Box 20Filled 20With 20Belongings 202 E1626496259125
Gambar hiasan

Terang pemandu wanita terbabit, dia dengan sengaja memilih untuk melanggar lampu merah kerana dia mahu untuk membiarkan Tuhan mengambil alih. Difahamkan, wanita terbabit telah melalui pelbagai ujian termasuklah baru sahaja dibuang kerja.

“Dia (pemandu wanita) percaya dia telah melakukan perkara yang benar,” dedah laporan lanjut.

Dalam pada itu, anak perempuan pemandu wanita terbabit dirawat di sebuah hospital tempatan selepas mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Hasil siasatan, polis mendedahkan pemandu terbabit negatif bagi ujian pengesanan alkohol dan dadah. Pun begitu, mereka tetap menahan wanita terbabit dan mengesyaki dia mempunyai masalah mental.

Kes ini dijangka akan dibicarakan pada minggu ini. Pemandu wanita terbabit dikatakan boleh didakwa atas pelbagai kesalahan termasuk membahayakan nyawa kanak-kanak dan memandu dengan tidak bertanggungjawab.

Sumber: DailyMail

Baca: Demi Dapatkan Lamborghini Daripada Tuhan, Penganggur Ini Hampir Mati Lepas Puasa 33 Hari & Malam

Demi Dapatkan Lamborghini Daripada Tuhan Penganggur Ini Hampir Mati Lepas Puasa 33 Hari Malam E1626496623941

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.