Kalau sebut pasal sexual harassment memang dah banyak kali jadi sebelum ni. Banyak kes yang telah direkodkan dan mangsa juga terdiri daripada pelbagai lapisan umur.
Namun baru-baru ini Nana Nizar telah berkongsi di laman Facebook miliknya mengenai anak perempuan dia yang dikacau oleh lelaki yang tidak dikenali semasa di dalam lift.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2496300483772308&set=pcb.2496300523772304&type=3&__tn__=HH-R&eid=ARCEl1rgqfGNHqgvQAGW-uXgy3HIWNqCbiZ0y7jdqEy7Rh-lEoX7izDyGKJqbryL5AtP5q21u93wKUZ_
Menurut Nana, anaknya meminta izin untuk ke kedai dan dia benarkan. Alah biasa lah kan budak-budak merengek nak pergi kedai.
Kebiasaannya anak gadisnya itu akan pergi ke kedai bersama kakaknya, namun pada masa kejadian kakaknya itu tidak ada dan dia hanya ditemani oleh adik lelaki yang masih lagi kecil.
Tambahnya lagi sebelum kejadian ini berlaku didalam lift tersebut ada seorang lagi wanita yang merupakan satu-satunya saksi yang boleh mengecam wajah lelaki tersebut.
“Duduk sebelah anak aku sambil usap kemaluan dia sambil pegang mulut”
Kejadian bermula apabila lift tersebut berhenti di tingkat 8 dan wanita terbabit turut keluar di tingkat itu.
Lelaki itu mula mendekati kanak-kanak perempuan itu sambil mengusap-usap kemaluannya dan juga memegang mulut kanak-kanak tersebut.
Kejadian ini tidak terhenti disitu sahaja apabila lelaki ini terus mengikut kanak-kanak perempuan itu semasa dia keluar di tingkat 16.
“Nak tengok saya kencing?”
Lelaki itu pantas memegang tangan kanak-kanak tersebut sambil bertanya sama ada dia mahu melihat dirinya kencing.
Namun kanak-kanak tersebut bertindak pantas dengan terus melarikan dirinya balik ke rumah kerana takut dengan kejadian yang berlaku.
“Amanda balik nangis.”
“Aku kata kenapa?”
“Dia kata ada org pegang dia.”
Namun rata-rata netizen telah menyalahkan ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut kerana membiarkan mereka pergi ke kedai sendirian.
“Kenapa biarkan budak tu turun sendiri!”
Namun disebalik kecaman yang diterimanya itu masih terdapat juga individu yang menasihatkan beliau untuk membuat laporan polis dan juga menjadikan perkara ini sebagai iktibar supaya tidak berulang lagi.
“Jadikan pengajaran ye!”
Min harap pihak polis segera lah dapat tangkap lelaki gila seks tu. Korang pun jangan lah kecam parents budak-budak tu, diaorang pun mesti tak nak benda macam ni jadi kan.
Bagaimana pun penjelasan yang dibuat oleh wanita ini telah di padam.
Baca: Richard Huckles, Pedo Yang ‘Rosakkan’ Kanak-Kanak Malaysia Ditemui Mati Dalam Sel Penjara