Richard Huckles, Pedo Yang ‘Rosakkan’ Kanak-Kanak Malaysia Ditemui Mati Dalam Sel Penjara

Masih ingat lagi dengan Richard Huckles? Pedolifia paling durjana yang pernah menggemparkan Malaysia beberapa tahun lepas. Merogol kanak-kanak Malaysia untuk dijadikan bahan perkongsian di Darkweb?

Kalau tak ingat boleh baca kat sini

Lapor The Sun, Huckles yang sedang menjalani hukuman penjara itu ditemui mati dalam sel sendiri akibat ditikam pada Ahad lepas.

 

Mati akibat tikaman senjata tajam buatan sendiri

Sumber : BBC

Polis kini sedang menjalankan siasatan pembunuhan. Menurut mereka, Huckles ditikam menggunakan bilah tajam buatan sendiri. Bagaimanapun pihak polis measih belum boleh kenal pasti jenis senjata tajam yang digunakan.

Huckle 33, sebelum ini mengakui 71 tuduhan yang melibatkan penderaan seks terhadap sehingga 200 kanak-kanak selama sembilan tahun.

Semua kanak-kanak dia ‘balun’, lelaki, perempuan bahkan bayi umur 6 bulan juga menjadi mangsanya sepanjang dia menetap di sebuah kawan pinggiran bandar di Malaysia ini.

Sumber : NST

Sepanjang kegiatannya itu, Huckle merupakan seorang yang aktif dan cukup dikenali dalam Dark Web berikutan dengan perbuatan pedolifianya.

Dia pernah memasang niat untuk buka rumah kebajikan kanak-kanak semata-mata untuk jadi pemuas nafsunya.

Bagaimanapun kegiatannya terkandas apabila dia ditahan sebaik tiba kat lapangan terbang Gatwick oleh pegawai-pegawai dari Bahagian Eksploitasi Kanak-kanak & bahagian Perlindungan Dalam Talian NCA untuk pulang sambut Hari Natal pada tahun 2014.

 

Baca : “Nak buka orphanage, dera diaorang” – Richard Huckel, Jadikan 23 Kanak-kanak Malaysia Mangsa Pedo Darkweb

Ditulis oleh Izuan Jelani

Mende?