in

Nak Tahu Rahsia Tun M?

Rahsia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi yang masih tak tahu, hari ini ialah hari lahir Perdana Menteri kita. Happy Birthday Tun M! Sebagai seorang rakyat Malaysia, ramai yang kagum macam mana Tun M masih gagah menjalankan tugas walaupun usia dah mencecah 93 tahun.


Malah persoalan ni jugak bukan saja menjadi topik perbincangan kita-kita, tapi orang luar juga bertanya soalan yang sama. Menerusi Sinar Harian, ini perkara yang dikongsikan Tun M yang membuatkan beliau sentiasa cergas dalam memikul tanggungjawab sebaik mengangkat sumpah sebagai PM Malaysia yang ke-7. 

 

1. Jangan berehat di usia lanjut

Kuda Maha
sumber: blog

Mana-mana orang pun termasuklah Tun M memang suka berehat. Namun bagi negarawan ini, di usia lanjut orang tua tidak sepatutnya kerap berehat.

“Memang, saya lebih suka berehat, tapi saya ingin menasihat orang ramai agar tidak berehat bila mereka lanjut usia,” katanya.

Malah menurut bekas PM ke-4 ini, otot-otot akan merosot kebolehannya kalau tidak selalu digunakan.

“Jika anda berbaring sepanjang masa, otot (akhirnya) tidak berdaya mengangkat berat badan anda, anda tidak boleh berdiri, tidak boleh berjalan. Jadi, tidak elok bila anda tua, anda berbaring dan tidak melakukan apa-apa,” tambah Tun M.

 

2. Boleh nyanyuk kalau tak gunakan otak

Dr M
sumber: blog

Sama konsepnya macam otot, mental atau otak kita pun boleh jadi merosot kalau tak digunakan untuk berfikir atau menyelesaikan masalah.

“Jika anda tidak gunakan otak anda, anda tidak berfikir, anda tidak selesaikan masalah, anda tidak membaca, anda tidak menulis, otak merosot dan anda jadi nyanyuk… jadi perlu sentiasa aktif,” kata Tun M, memberi peringatan.

 

3. Bila makanan sedap, berhenti! 

Screen Shot 2018 05 16 At 10.42.08 Am
sumber: blog

Korang jangan lupa, Tun M ni sebelum jadi PM dia juga seorang doktor. Dalam satu interview dengan akhbar berbahasa Inggeris, Tun M menegaskan betapa pentingnya tak makan berlebihan. Ia juga merupakan nasihat yang diterima beliau daripada ibunya.

“Ibu saya kata, bila makanan itu sedap, berhenti,” kata PM.

Walaupun sukar untuk melakukannya pada awal, namun perkara ni jadi mudah lepas Tun M melakukannya beberapa kali.

Nak jadi sihat dan cerdas macam Tun M? Haa ikutilah tips ni semua ye! Yang penting pastikan tubuh korang aktif selalu walaupun usia sudah lanjut. 

Baca: “Kita akan kembalikan kegemilangan Malaysia” – Tun M

Tun M

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.