Musim PKP ini sudah semestinya memberi kesan kepada orang ramai, paling terkesan sekali apabila sektor ekonomi terpaksa ditutup, kalau diperhatikan, jika kita pergi ke mana-mana pasaraya untuk membeli barang dapur, akan lihat kiosk-kiosk kecil dalam pasaraya tersebut tutup.
Biasanya ia hanya akan ditutup dengan kain gelap atau kanvas, namun begitu tak sangka rupanya ada yang cuba nak ambil kesempatan apabila mereka terlihat seperti ada ‘peluang’ nak buat ‘kerja kotor’.
Kantoi mencuri
Menerusi Twitter Pengerusi Badan Bertindak Pemerhati Jenayah (MyWatch), Datuk R Sri Sanjeevan, satu video tular memperlihatkan kelibat 2 orang wanita mencuri barangan dari satu kiosk yang menjual barang kemas.
Menerusi video rakaman CCTV yang berdurasi 30 saat itu, wanita yang memakai baju dan tudung berwarna peach itu dilihat cuba melihat sekeliling dan menyeluk bawah kain yang menutup kiosk itu dengan pantas tanpa menyedari kegiatan itu sedang diperhatikan menerusi kamera litar tertutup.
Dia dan rakannya dilihat mencapai beberapa utas gelang, sebelum dimasukkan kedalam beg tangannya.
https://twitter.com/SanjeevanSS/status/1409086320610136069
Biarpun waktu dan lokasi ini masih belum dikenal pasti, video ini meraih 833 jumlah retweets dalam masa 22 jam ia dimuatnaik.
Ada netizen anggap mungkin wanita ini terdesak, bagaimanapun tindakannya ini menjadi satu pertikaian dan menjadi bahan jenaka mereka kerana dia dikatakan mencuri barang kemas dari Korea (yang dikatakan emas tiruan sahaja).
Dalam pada itu, ada netizen yang beranggapan bahawa kemungkinan boleh terjadi dengan scam yang menjual barang kemas secara online dan menipu bahawa barangan itu adalah emas tulen.
Takkan curi emas tiruan sebab nak survive? – Netizen
Menurut Datuk Sri Sanjeevan, pihak PDRM kini sedang memberkas kedua-dua wanita ini. Apa pun biarlah polis jalankan siasatan dan kenalpasti apa puna mereka membuat tindakan sedemikian.
Baca : Rumah Warga Emas Di Thailand Ini Terbakar Lepas Guna Api Dapur Gas Untuk Takutkan Pencuri