in

Rumah Warga Emas Di Thailand Ini Terbakar Lepas Guna Api Dapur Gas Untuk Takutkan Pencuri

Feature 3 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau anda sering menonton filem dari Barat, mesti perasan kan yang kebanyakan watak dalam filem tersebut mempunyai senjata yang disimpan di rumah yang digunakan untuk mempertahankan diri jika rumah dimasuki pencuri.



Namun, di sesetengah negara lain, pemilikan senjata sebegini adalah diharamkan. Jadi, jika berlaku perkara yang tidak diingini di rumah, kita terpaksa guna cara lain untuk selamatkan diri, seperti yang berlaku kepada wanita warga emas di Thailand ini yang menggunakan api dapur gas untuk menghalau pencuri.

Burn 2

Menurut The Pattaya News, warga emas yang berusia 77 tahun itu dilaporkan tinggal bersendirian. Dalam kejadian yang berlaku di Panat Nikhom itu, pada mulanya, dia hanya mahu menakutkan pencuri dengan membakar beberapa objek di rumahnya menggunakan dapur gas.

Namun, malang tak berbau apabila api kecil itu mulai marak dengan cepat memandangkan rumahnya juga merupakan rumah kayu. Wanita warga emas ini mendakwa dia tak ada niat langsung untuk membakar keseluruhan rumahnya.

Saya cuma mahu tunjukkan pada pencuri tu yang saya bukanlah target yang mudah untuk menjadi mangsa kecurian. Tak berapa lama kemudian, saya padamkan api menggunakan air namun dah terlambat,” katanya kepada pihak polis.

Dia kemudiannya menelefon pihak bomba untuk memadamkan kebakaran. Namun, yang peliknya, setelah disiasat, pihak polis tak jumpa pun bukti yang menunjukkan kehadiran pencuri.

Walau bagaimanapun, pihak mereka tidak menidakkan dakwaan wanita itu tentang pencuri berkenaan. Dia juga telah dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut dan difahamkan akan berdepan dengan undang-undang sebab telah menyebabkan kebakaran.

Sumber: The Pattaya News, Thethaiger.com

Baca: “Macam tak berbaloi” – Gara-Gara Nak Bunuh Lalat, Habis Rumah Warga Emas Ini Terbakar

Burn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.