in

“Nak sembunyi dari LHDN ke macam mana?” – Diugut Saman Oleh Instafamous Sebab Dedahkan ‘Ratecard Privacy’

Igfamm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu berkenaan pendedahan harga ‘cekik darah’ Instafamous ini masih menjadi buah mulut netizen. Disebabkan itu, ia semakin meleret apabila segala tindak tanduk Instafamous ini diperhatikan.


Susulan dengan penularan harga perkhidmatan iklan yang disediakan, ada seorang pengguna Twitter menerima mesej daripada salah seorang Instafamous. 

 

Ugut saman sebab reveal “privacy ratecards”

Ugutsaman
Sumber : twitter

Mungkin disebabkan pendedahan ini viral, tuan empunya badan turut mendapat perhatian. Jadi, dia memberi amaran untuk saman kerana melanggar privasi.

Namun begitu, pengguna Twitter ini tidak gentar dengan amarannya, sebaliknya dia mempertahankan dirinya dan mempersoalkan kesahihan tindakan saman yang ingin cuba diambil.

Bahkan, dia cuba mempertikaikan tujuan dia kemukakan saman tersebut. Siap seru peguam lagi

“Hi peguam-peguam di timeline, ni ada yang kena ugut saman sebab reveal “privacy ratecards”, betui ka ni. Sejak bila pulak ada term “privacy ratecards” ni. Mohon pencerahan.

Kenapa takut sangat orang tau rate depa ya? Kata professional, kata ethical, awat nak sembunyi dari ka mcmana? Ka takut bila kantoi letak harga tak berpadanan dengan servis? Eh kenapa takut? Ada buat salah ka?”

Malah dia juga menegaskan tujuan dia dedahkan itu adalah untuk membantu perniagaannya juga. Ramai netizen menyokong dengan kata-kata yang dibahaskan oleh @InjangNation ini bahawa ada kemungkinan golongan Instafamous ini takut dengan LHDN.

“Kenapa instafamous-instafamous ni tak apply pulak rule “this is all for the sake of free exposure and marketing” orang tolong promote bisnes hampa kot. Kan bagus, client boleh pilih siap siapa yg murah, siapa yg mahal tapi feedback bagus etc. Awat…ingat bila hg kaut untung undang2 hg punya?

So buat video menggalakkan perbuatan jenayah boleh, tapi expose rate “paid review” or “privacy ratecards” (as if benda tu wujud) tak boleh? Nice la mentaliti instafamous ni. Nice”

Bila admin tengok harga-harga diaorang, rasa macam seronok pula jadi Instafamous ni. Eh!

 

Baca : “Nak jadi bodoh jugak la lepastu famous, lepastu paid review letak harga yahudi” – Instafamous Letak Harga Cekik Darah Bagi Alasan ‘Win-Win Situation’

Igfam

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.