“Nak promosi pun beringatlah!” – [VIDEO] Wanita Bengang ‘Flyer’ Iklan Melekat Di Cermin Kereta

Tambah ke Sumber Pilihan
“Nak promosi pun beringatlah!” – [VIDEO] Wanita Bengang ‘Flyer’ Iklan Melekat Di Cermin Kereta

Mesti ramai yang pernah mengalami situasi dimana terdapat flyer atau pamphlet yang diletakkan di hadapan cermin kereta, betul tak?

Kalau cuaca elok, kita boleh sahaja alihkan flyer tersebut dengan mudah tetapi jika hari hujan ataupun panas terik, flyer itu boleh melekat di cermin kereta dan kita akan menghadapi masalah untuk menanggalkannya.


Itu yang terjadi kepada seorang wanita ini, sehelai flyer diletakkan di hadapan cermin keretanya dan kepingan kertas itu terlekat di cermin kereta. Pastinya, ia membuatkan wanita itu berang, netizen pun boleh relate!

“Lain kali jangan letak kat sini!”

Dalam video pendek yang dimuat naik oleh @amieraanuwar itu, kelihatan dia baru saja sampai di keretanya dan mendapati terdapat sekeping flyer promosi sebuah restoran.

“Aku nak marah ni, kau nampak cermin aku. Eh b*doh betul la, lain kali jangan letak kat sini abang-abang akak-akak kalau nak menjual pun. Hujan, habis! Eee geramnya aku!” katanya.

Apa yang membuatkan dia naik berang adalah apabila kertas flyer itu melekat di cermin depan keretanya. Flyer itu tetap melekat malah meninggalkan kesan di cermin tersebut walaupun telah digosok olehnya.

“Aku pun rasa geram sekali” 

Perkara itu sememangnya sangat relatable dan ramai yang pernah berhadapan dengan situasi yang sama. Netizen juga mencadangkan wanita tersebut untuk menuntut ganti rugi daripada restoran yang meletakkan flyer tersebut.

Flyer

Tak baik naya orang bulan puasa ni tau…

Baca: “Takde common sense” –  [VIDEO] Netizen Geram Gadis Ini Tumpahkan Air Dalam Lif

Untitled Design 2022 04 14T151845.057

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaziyah Sharif
Lagi tulisan Syaziyah
Seorang penulis yang cintakan seni muzik dan sentiasa mencuba untuk bercakap dengan kucing.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Nak promosi pun beringatlah!” – [VIDEO] Wanita Bengang ‘Flyer’ Iklan Melekat Di Cermin Kereta
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/nak-promosi-pun-beringatlah-video-wanita-bengang-flyer-iklan-melekat-di-cermin-kereta/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM