in

“Takde common sense” – [VIDEO] Netizen Geram Gadis Ini Tumpahkan Air Dalam Lif

Fi Lif

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

‘Common sense’ merupakan sesuatu yang perlu diterap dan diamalkan dalam diri setiap orang. Tak kiralah dekat mana kita pergi atau lawat, ‘common sense’ ni penting supaya kita memudahkan urusan lain dan dalam pada masa yang sama tak bebankan orang lain. Korang setuju tak?


Sebenarnya, ramai antara kita yang kadang-kadang terlepas pandang perkara ni mungkin kerana sikap yang cuai, rasa diri ni selalu betul dan tak boleh terima teguran. Merisaukan ya!

Contoh ‘common sense’ yang selalu dipraktikkan adalah ucap terima kasih, bayar hutang orang secepat mungkin, tak buat ‘double park’, beratur tunggu giliran dan banyak lagilah.

Menerusi perkongsian seorang TikTokers @wanita8687 yang turut dikenali sebagai Mohamad Azuan ini, dalam video tersebut dapat dilihat sebuah rakaman CCTV yang menunjukkan seorang gadis yang meluru masuk dalam lif.

@wanita8687

#hantu #kantoisudah

♬ original sound – Mohamad Azuan8687 – Mohamad Azuan8687

Kalau korang lihat dengan lebih teliti video yang telah mendapat sebanyak 1.2 juta views ini, lif yang hampir tertutup menyebabkan gadis ini hilang sedikit imbangan lalu tertumpahkan air yang dipegangnya dalam kuantiti banyak dekat lantai lif.

Walaupun air yang dipegang gadis tu tumpah dengan banyaknya, gadis tersebut langsung tak kutip balik cawan kat lantai dan hanya selamba tekan butang lif untuk pergi ke aras lain.

Meninjau di ruangan komen TikTok, kebanyakan netizen geram dengan perbuatan gadis ni dan ada juga yang menyuruh gadis tu untuk kutip semula cawan yang jatuh.

“Sekurang-kurangnya kutiplah cawan tu” – Komen netizen 

“Dari situ kita sudah tahu apa sikapnya, macam mana orangnya” – Komen netizen

Final Lif

Ada juga warganet yang komen bahawa dorang kesian dekat cleaner yang akan bersihkan tumpahan air tu dan ada jugak yang cakap sikap seseorang tu melambangkan keperibadian diri mereka sendiri.

Untuk korang kat luar sana, cuba praktikkan common sense ni dari dalam rumah lagi okayy!

Baca:“Tolonglah ada common sense” – [Video] Netizen Bengang Pelanggan Biarkan Rider Tunggu Lama Depan Rumah Dalam Hujan Lebat

Common 1

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.