Semalam, ada beberapa foto seorang lelaki dari Temerloh yang bernama Fendi Ismail viral di media sosial dengan rupanya yang dikatakan mirip dengan Shah Rukh Khan.
Namun begitu, ia sebenarnya hanyalah dusta semata-mata selepas lelaki yang dikatakan bekerja sebagai penebar roti canai itu mendedahkan perkara sebenar.
Hanya hiburan
https://www.facebook.com/fendismail6036/posts/3037246086330589
Susulan dengan tularnya gambar di media sosial, difahamkan ramai yang cuba add Fendi di Facebook. Disebabkan itu, Fendi ada buat kenyataan bahawa ia hanyalah sekadar suntingan daripada aplikasi FaceApp yang mengubah rupanya seakan sama.
Disebabkan itu Fendi tampil memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan katanya lagi, ia hanyalah hiburan semata-mata.
Wajah sebenar Fendi Ismail
Berikutan itu ramai netizen kecewa apabila mengetahui wajah sebenarnya. Tak apalah mungkin dia hanya nak berhibur.