Pelakon terkemuka Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan (SRK) sekali lagi mencetuskan polemik di media sosial selepas tular sebuah video yang memaparkan beliau menyertai sambutan perayaan perayaan agama Hindu bersama keluarga.
Menerusi perkongsian video tersebut, SRK dilihat melakukan upacara aarti (penyembahan atau penghormatan kepada tuhan, dewa-dewi, atau individu/tetamu yang dihormati) bersama isterinya, Gauri Khan dan anak perempuan mereka, Suhana Khan.
Artikel berkaitan:“Shah Rukh Khan tanya mana Mawi” – Kenang Fenomena Tsumawi, Mawi Kongsi Momen Berjumpa Dengan SRK
Artikel berkaitan: Shah Rukh Khan Didakwa Beri Rasuah RM13 Juta, Rayu Gugurkan Kes Dadah Anak
Tindakan bintang filem Jawan itu nyata mengundang pelbagai reaksi dan perdebatan hangat dalam kalangan pengguna media sosial, memandangkan beliau merupakan seorang penganut agama Islam.
View on Threads
Menjengah ke ruangan komen, sesetengah netizen mula mempersoalkan keputusannya untuk mengambil bahagian dalam ritual keagamaan berkenaan.


Bagaimanapun, tidak kurang juga peminat yang tampil mempertahankan aktor berkenaan. Mereka berpendapat penglibatan SRK hanyalah sebagai tanda menghormati budaya dan amalan kepelbagaian agama di negaranya.
Sebelum ini, SRK pernah menjelaskan bahawa sambutan Ganesh Chaturthi sememangnya menjadi rutin tahunan yang turut diraikan di kediamannya demi menghormati latar belakang isteri dan anak-anaknya.
Dalam pada itu, terdapat juga desas-desus yang menyifatkan kehadiran SRK dan Suhana di majlis tersebut sebagai satu bentuk strategi publisiti berikutan filem terbaharu gandingan mereka berdua, King, yang dijadualkan menemui penonton pada 24 Disember 2026 nanti.
