in

“Kenapa tak tolong?” – Netizen Kritik Shah Rukh Khan Tak Bantu India Dalam Krisis Covid-19, Rupanya Tukar Pejabat Jadi Pusat Kuarantin

Srk Tolong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila buat baik orang kata jangan menunjuk, buat diam-diam. Tapi bila diam-diam, mereka kata tak membantu pula sebab ‘tak nampak’.

Shah Rukh Khan (SRK) akhirnya membuka mulut baru-baru ini selepas dikritik oleh netizen di India kononnya beliau tidak membantu masyarakat di sana dalam menangani penularan Covid-19, lapor mStar.


Srk3

Pelakon berusia 54 tahun itu turut menunjukkan bukti bahawa beliau dan isterinya Gauri Khan telah menghulurkan bantuan kepada rakyat di beberapa negeri selain turut menjadikan pejabat peribadinya sebagai tempat kuarantin pesakit wanita, kanak-kanak dan warga emas.

Usaha pasangan ini disambut baik oleh pemerintah Mumbai yang berterima kasih atas sumbangan mereka. SRK dan Gauri telah mengubah suai pejabat empat tingkat menjadi tempat kuarantin individu tanpa mengenakan sebarang bayaran.

Srk5

Srk7

Empat pejabat yang SRK ubah suai sebagai tempat kuarantin pesakit Covid-19 adalah Kolkata Knight Riders, Red Chillies Entertainment, Meer Foundation and Red Chillies VFX.

Selain itu, pasangan ini bersama rakan perniagaan mereka, Juhi Chawla da Jay Mehta akan memberi sumbangan kepada Prime Minister’s Relief Fund melalui cawangan Kolkata Knight Riders.

https://www.instagram.com/p/B4A-GHvl-4E/

Sebelum ini beberapa artis turut mengumumkan telah memberikan sumbangan untuk membantu mengatasi wabak Covid-19 ini. Antaranya adalah Akshay Kumar, Vicky Kaushal, Katrina Kaif, Varun Dhawan, Sara Ali Khan, Alia Bhatt dan ramai lagi.

Baca: “Time macam ni lah artis nak tolong peminat” – Man Raja Lawak Sumbang RM 50 Ribu Kepada Yang Memerlukan

Combine Man

Sumber: India Times

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.