in

“Nak masuk kena pakai mask ye” – [Video] Kelakar! Aksi Monyet ‘Mengamuk’ Tak Boleh Masuk Bank Buat Netizen Berdekah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Monyet boleh dikatakan sebagai haiwan yang agak liar, mereka agak merbahaya dan buas namun sebaliknya bagi monyet yang sudah mempunyai tuan, mereka dikatakan lebih jinak dan patuh kepada tuan mereka.


Tular di Twitter video gelagat seekor monyet yang seakan-akan merajuk apabila haiwan itu tidak dibenarkan masuk ke dalam sebuah bank. Ragam monyet itu berjaya mencuit hati netizen.

Video yang berdurasi 15 saat itu sehingga kini menerima hampir 200 ribu tontonan. Rakaman itu menunjukkan telatah lucu monyet berkenaan apabila dihalang oleh orang awam untuk memasuki bank berkenaan. Walau bagaimanapun lokasi dan nama bank tidak dapat dipastikan.

Apa yang lebih kelakar, monyet berkenaan berguling-guling di atas lantai seperti budak kecil untuk  menunjuk protes. Haha.. comel…

Ini antara komen-komen lucu netizen terhadap video tersebut.

Monyet memang comel..tapi kalau dia dah mengganas… min lari dulu.. 

 

Baca:[Video] Wow! Bandar Purba Thailand Di Serang, Monyet Kini Bermaharajalela

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.