[Video] Wow! Bandar Purba Thailand Di Serang, Monyet Kini Bermaharajalela

Tambah ke Sumber Pilihan
[Video] Wow! Bandar Purba Thailand Di Serang, Monyet Kini Bermaharajalela

Siapa yang tidak tahu tentang  Planet Of The Apes? Cerita yang mengisahkan manusia dan golongan monyet cerdik bertarung untuk menguasai dunia!

Terbaru, perkara yang hampir sama seperti cerita sains fiksyen itu berlaku di negara gajah putih, Thailand apabila wilayah Lopburi diserang hampir 6000 ekor monyet. Wow! banyak nya…

Haiwan ini bukan sahaja bermaharajalela di jalan sekitar kuil Prang Sam Yod di tengah bandar, malah mereka sudah mula bertindak agresif dengan mencuri di rumah dan kedai-kedai berhampiran.

Dilaporkan semua ini berlaku kerana monyet-monyet ini berdepan kekurangan makanan susulan ketiadaan pelancong akibat Covid-19, yang biasanya akan memberikan habuan pisang kepada mereka.

Kedai-kedai berhampiran yang diganggu oleh haiwan ini juga kini terpaksa menggunakan ‘trick’  patung harimau dan juga buaya bagi menakutkan monyet ini.

1 30Sumber: Youtube

Namun kaedah kurang berhasil untuk menghalang mereka yang begitu agresif mencari makanan sehingga ada pekedai yang terpaksa memasang pagar.

Difahamkan kerajaan Thailand ketika ini sedang giat menjalankan proses strerilisasi dan mengasi monyet-monyet ini didalam sebagai mengawal mereka dari terus membiak dan membuat kacau.

Baca: Monyet Serang Pekerja Makmal Dan Bawa Lari Sampel Ujian Covid-19

F.b 19 10

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Iqmal Tugiman
Lagi tulisan Iqmal
Seorang penghutang ptptn yang kacak lagi tampan malahan kelakar dan sering menembak dan ditembak

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

[Video] Wow! Bandar Purba Thailand Di Serang, Monyet Kini Bermaharajalela
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/video-wow-bandar-purba-thailand-di-serang-monyet-kini-bermaharajalela/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM