in

“Nak kebumi tanpa mandi & kafan” – [VIDEO] Viral Rakaman Lelaki Bonceng Jenazah Ibu, Rupa-Rupanya Sebab…

Feat3 6

Sebuah video yang dirakam orang awam di Indonesia semalam mendapat perhatian apabila sekujur tubuh tidak bernyawa dibonceng dengan motosikal. Menurut Detik, kejadian itu berlaku di Boyolali, Jawa Tengah dan penunggang motosikal itu adalah Sutejo, 50,yang membawa jenazah ibunya, Ginem Suharti, 80 tahun.

Kata Sutejo, ibunya meninggal dunia antara jam 8 pagi hingga 10 pagi (waktu tempatan) pada hari yang sama dan dibawa dari Desa Jambungan di daerah Banyudono ke Kedunglengkong di daerah Simo.

Jenazah1

Difahamkan, ibunya meninggal di rumah kakaknya dan dibawa oleh Sutejo untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Sucen Timur. Ketika ditemui, kakaknya, Sri Suyamti, 60, tiada di rumah kerana keluar bekerja.

Kata Suyamti, adiknya bertindak sedemikian kerana tidak mahu menyusahkan jiran tetangga. Malah lebih mengejutkan, Sutejo membuat keputusan untuk terus kebumi jenazah ibunya tanpa dimandi atau dikafankan jenazahnya terlebih dahulu.

Selepas dipujuk, Sutejo akhirnya bersetuju agar jenazah ibunya dimandikan serta dikafankan sebelum dikebumikan.

Jenazah3

Suyamti dan Sutejo tinggal di rumah berasingan namun di dalam kawasan perkampungan yang sama. Selepas mendapat tahu ibunya meninggal dan kakaknya tiada di rumah, Sutejo mengambil jenazah ibunya dan dibonceng untuk ke tempat pengebumian.

“Saya disuruh pulang oleh adik ipar saya (istri Sutejo), mengabarkan kalau ibu nggak ada (meninggal). Ya saya terus pulang. Sampai di rumah sini, ibu saya tidak ada di sini, tetapi oleh adik saya langsung dibawa ke makam Sucen. Maunya langsung dimakamkan di sana.”

Pada mulanya orang kampung yang berasa hairan dengan apa yang dilakukan Sutejo namun mereka akhirnya membantu menguruskan jenazah sehingga selesai dikebumikan.

Baca: [Video] Berang Disaman Polis, Lelaki Pecahkan Motor Sendiri Dengan Batu Konkrit

Berang4

Sumber: Youtube
Sumber: Detik