Awal September lalu, kita digemparkan dengan satu berita yang menyayat hati di mana berlakunya kemalangan di Kilometer 5, Jalan Segamat – Kuantan yang telah meragut nyawa 6 sekeluarga. Satu-satunya mangsa yang terselamat, Abdullah Amir Ruddin iaitu anak daripada keluarga tersebut.
Pada 13 September lepas, Sinar Harian melaporkan bahawa, ibu saudaranya, Abdullah Amir Ruddin masih lagi merahsiakan perkara tersebut kepada Abdullah kerana keadaan anak saudaranya itu masih tidak stabil dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Segamat.
Artikel Berkaitan : Mangsa Terselamat Nahas 6 Sekeluarga, Adik Abdullah Kini Makin Pulih & Dah Boleh Bercakap
Artikel Berkaitan : “Biar dia mengadu pada Allah” – Anak Sulung Mangsa Kemalangan Nahas 6 Beranak Ditawar Pergi Umrah
Abdullah dah tahu ibunya tiada
Dalam pada itu, doktor juga ada menjelaskan bahawa kemungkinan besar Abdullah tak ingat apa yang berlaku. Namun setelah lebih daripada sebulan ianya berlalu, difahamkan Abdullah sudah pun mengetahui hal sebenar, perkara itu dikongsikan oleh ahli keluarganya sendiri menerusi TikTok baru-baru ini.
@rahilanoor85 Alhamdulillah🤲🏻🤲🏻🥹🥹 sampai masa Dollah yg jawab sendiri…padahal kami xpernah tanya pun🥰#fypシ #sayangAbdullah #keluargabahagia🤗 #mangsakemalangan6sekeluarga
Lebih menyedihkan lagi, Abdullah ada buat satu permintaan untuk melihat gambar jenazah ibunya. Setelah ditunjukkan gambar oleh abangnya Abdurrahman, ahli keluarga lain dilihat tidak dapat menahan air mata sementara Abdullah atau lebih mesra disapa Dollah hanya ketawa.
Namun begitu, tidak disangkakan bahawa gelakkan Dollah itu adalah satu cara untuk dia menahan rasa perit kerana mata Dollah sudah mula berkaca sebelum melepaskan tangisannya.
@rahilanoor85 ❤️❤️ Berkat doa kalian semua agar kami KUAT💪🏻💪🏻#fypシ #sayangAbdullah #keluargabahagia🤗 #perpisahantermanis
Ramai netizen turut menangis apabila melihat reaksi Dollah dan abangnya, masing-masing mendoakan kekuatan buat kedua-dua beradik ini.
Kemalangan ngeri yang berlaku jam 6.30 petang itu turut mengorbankan ibu mereka Noorahimah Noor Muhamad, Amir Ruddin Ismail serta empat beradik mereka, Fatimatulzahrah, Seri Khadijah Aqilah, Rufaidatul Asyariyah dan Muhammad Assyakrawi.
Kemalangan berlaku ketika mereka sekeluarga dalam perjalanan dari Kluang menghantar Noorahimah yang mengajar di Sekolah Agama Kemedak dekat Segamat.
Sumber: Sinar Harian, Berita Harian, TikTok