in

“Nak jadi polis ke penagih?” – 14 Pegawai Ponteng Kerja, ‘Enjoy’ Parti Ketum Dekat Shah Alam

Polis Parti Ketum

Sepatutnya polis adalah harapan negara dalam banyak perkara termasuklah membanteras jenayah dadah. Tapi kejadian yang berlaku baru-baru ini membuatkan orang ramai rasa marah dan kecewa dengan polis.

Walaupun bukan semua tapi kalau ada pegawai yang buat ‘hal’, rosaklah susu sebelanga. Macam yang berlaku pada 1 November baru-baru ini di mana 14 anggota polis telah ditahan ketika sedang berseronok dalam parti dadah.

Menurut WOB, kesemua anggota itu dilaporkan ponteng kerja untuk bertemu dan berparti di sebuah tempat letak kereta sebuah shopping mall dekat Shah Alam. 

Polis0
gambar hiasan

Mereka dikatakan bergerak ke sana menggunakan 6 buah kereta dan sudah merancang untuk sampai di lokasi kejadian pada masa yang berbeza. Dalam kejadian 4.10 pagi itu, dua botol berisi 1.5 liter air ketum juga telah dijumpai dalam salah satu kereta peronda polis terbabit.

Lebih memalukan, kesemua polis ini sedang dalam tugas dan selamba berseronok dan berparti ketum ketika masih memakai uniform polis. Mereka ditugaskan untuk menjaga tempat berlainan tapi dikatakan sudah atur dari awal untuk berjumpa dekat satu tempat iaitu di lokasi kejadian.

Polis1
sumber: sinar harian

Selepas ditangkap, kesemua suspek akan dipindahkan untuk buat kerja khidmat masyarakat. Selepas itu, tindakan undang-undang akan difailkan terhadap mereka.

Ramai netizen yang baca berita tentang penangkapan ini meluahkan rasa geram dan marah mereka. Mereka minta tindakan tegas atau berhentikan saja kesemua suspek. Mana tidaknya, sepatutnya pegawai ini semua menunjukkan contoh yang baik tapi sebaliknya buat jenayah dan melanggar undang-undang pula.

“Tindakan leih tegas patut dikenakan kepada penjawat awam, bukan sekadar pindah ke unit atau cawangan lain sahaja.”

“Daripada pindahkan mereka, lebih baik berhentikan saja.”

“Patutlah takde polis yang meronda.”

“Patutlah makin banyak peragut dan makin ramai orang yang tak dilindungi. Bagus ketua polis kita yang baru sebab tidak pilih kasih dalam menangkap pesalah.”

Netz Bengz
sumber: facebook

 

Baca: “Dorang nak release stress lah tu” – 19 Anggota Polis Ditangkap Dalam Serbuan Kelab Malam, 8 Positif Dadah?

My Post 2019 10 15T101803.247