in

Nak Cantik Masa Raya, Tapi Jangan Pakai 5 Produk Ni!

Produk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Time hari raya nanti mestilah semua orang nak cantik-cantik, kan? Bukan baju raya je penting, tapi penjagaan kulit wajah pun jadi keutamaan jugak. Tapi korang kena hati-hati pilih produk penjagaan kulit, jangan sampai terguna lima produk ni!


Menurut WORLD OF BUZZ, Kementerian Kesihatan dah keluarkan satu kenyataan mengesahkan bahawa lima produk kosmetik ni mengandungi bahan berbahaya dan menggesa orang awam supaya berhenti menggunakannya serta-merta.

Elakkan guna lima produk ni:

1. Deeja Cosmetic Star Cream (mengandungi hydroquinone dan tretinoin)

1 1
sumber: wob

 

2. Deeja Cosmetic Vogue Cream (mengandungi merkuri)

2 1
sumber: wob

 

3. Deeja Krim Nano – Night (mengandungi merkuri)

3 3
sumber: wob

 

4. Miracle White – Brightening Cream (mengandungi merkuri)

4 1
sumber: wob

 

5. Deluxe Beauty – Ultra Lightening Cream (mengandungi merkuri)

5
sumber: wob

Menurut kenyataan tersebut, produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin perlu didaftarkan di bawah kategori bahan terkawal dan hanya boleh digunakan jika disyorkan oleh doktor profesional sahaja.

Menggunakan produk yang mengandungi hydroquinone tanpa pengawasan boleh menyebabkan kulit merah-merah, perubahan tona kulit dan kulit menjadi terlalu sensitif. Bahan ini juga mengurangkan proses pigmentasi yang mampu melawan sinar UV berbahaya. Ini bermakna risiko kanser kulit akan menjadi lebih tinggi.

Tretinoin pula kebiasaannya digunakan untuk merawat masalah jerawat dan kedutan. Penggunaan tretinoin berlebihan akan menyebabkan kulit kita menggelupas kerana terlalu kering dan sensitif terhadap cahaya matahari.

Bahayanya! Nak cantik tu cantik jugak, tapi make sure korang elakkan pakai produk-produk ni tau!

Baca: Hati-hati! Ini 13 Mekap Jenama Korea Ditarik Balik Kerana Ada Bahan Berbahaya!

Korea

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.