in

“Nak buat marketing pun agak-agak lah” – Netizen Berang Lihat Gambar Wanita Berbusana Pengantin Di Kawasan Kubur

Feature Image Pengantin Bodoh 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam dunia perniagaan ni, semakin kita kreatif dalam membuat marketing, semakin mudah orang nak kenal kita.


Namun baru-baru ni tular mengenai seorang wanita yang berbusana persis pengantin bergambar di kawasan perkuburan penganut agama Kristian.

Image From Ios 3 3
Sumber: facebook

Tindakan wanita ini secara tidak langsung membuatkan netizen bengang kerana menganggap wanita itu tidak hormat dan sensitif dengan keadaan sekeliling.

Wanita itu memuat naik tiga keping gambar seorang model yang mengenakan busana pengantin di laman Facebook miliknya serta menggunakan kapsyen kombinasi songket kelabu dan gold.

Namun didapati bahawa laman Facebook dan juga Instagram miliknya sudah pun tiada.

Sempat Screenshot

Walaupun posting sebenar gambar itu sudah pun tiada, namun seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @chrissytwittwit telah memuat naik semula gambar itu di laman Twitter miliknya.

Dengan nadanya yang marah, dia turut merasa bahawa wanita itu langsung tidak hormat kawasan perkuburan.

Kalau kau duduk atas rumah kubur keluarga aku, aku cari kau sampai jumpa.”

Tambahnya, kubur bagi penganut agama Kristian biasanya akan di rahmati oleh paderi. Jadinya perbuatan wanita ini yang duduk di kawasan yang di anggap suci adalah langsung tidak wajar.

Ada juga netizen yang berkongsi video hasil daripada screen recording IG story wanita tersebut mengenai dirinya yang sedang shooting di kawasan perkuburan itu.

Dalam video itu juga kelihatan beberapa orang yang dipercayai model bagi butik pengantin wanita itu selain beberapa jurugambar.

Perkongsiannya itu mencecah 16 ribu retweet dan 9 ribu like di Twitter. Rata-rata netizen juga bengang dengan tindakan wanita itu yang dikatakan hanya ingin meraih populariti dan marketing business semata-mata.

“Photoshoot dekat kubur semata-mata minta disanjung ke?”

Image From Ios 2 2
Sumber: facebook

 

Image From Ios 1 1
Sumber: facebook

Menurut Metro, wanita ini telah mengakui kesilapannya dan gambar itu diambil untuk koleksi peribadi kemudian dimuat naik di akaun FB miliknya bukan untuk mencari publisiti.

“Ingin saya jelaskan, gambar berkenaan bukan diambil untuk tujuan pemasaran dan saya tidak akan menggunakan cara sebegini kerana tindakan itu ibarat membunuh diri sendiri.

“Apa pun, saya terima kritikan warganet dengan hati yang terbuka kerana mengakui kesilapan berpunca daripada dirinya sendiri dan tolong jangan salahkan model itu,” katanya.

Image From Ios 2
Sumber: twitter

 

Image From Ios 1 1
Sumber: twitter

Sebenarnya banyak lagi tempat lain yang diaorang boleh guna untuk photoshoot, tapi kubur juga jadi pilihan. Susah juga kalau terlebih kreatif ni.

 

Baca: “Bila gali dengar tangisan” – Korek Tanah Nak Kuburkan Anak Meninggal Tapi Terjumpa Bayi Ditanam Hidup-Hidup!

Bayi Dlm Kubo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.