Sepasang suami isteri sedang menggali tanah untuk menguburkan anak mereka yang baru lahir dan meninggal di hospital baru-baru ini.
Namun, ketika sedang menggali pasangan itu telah terjumpa seorang bayi perempuan dipercayai berusia 4 hari yang ditanam hidup-hidup, lapor CNN.
Bayi itu dapat diselamatkan selepas ditanam ketika masih hidup di sebuah tanah perkuburan dekat utara India dan telah dibawa ke tempat selamat oleh pasangan tersebut.
Apabila mereka menggali tanah, mereka dengar suara tangisan. Ketika mereka menggali pada kedalaman dua hingga tiga kaki, mereka temui seorang bayi perempuan diletakkan dalam periuk tanah sebelum ditanam.”
Mereka memaklumkan hal itu kepada pengawal keselamatan tanah perkuburan tersebut yang terus hubungi pihak polis dan membawa bayi malang berkenaan ke hospital berdekatan.
Bayi berkenaan mempunyai beberapa jangkitan dan berat badannya hanya 1.5 kilogram sahaja.”
Bayi itu kini sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan dilaporkan mempunyai masalah pernafasan serta perlu menggunakan ventilator.
Difahamkan kawasan bayi itu ditanam merupakan tempat terpencil dan menurut Ketua Polis Daerah Bareilly Supritendan Abhinandan Singh, polis percaya dia dikebumikan kira-kira 4 hingga 6 jam sebelum dijumpai.
Pihak polis kini sedang membuka kertas siasatan dan memburu ibu bapa bayi terbabit di mana mereka boleh didakwa dengan cubaan membunuh serta meninggalkan seorang kanak-kanak.
Kejadian ini juga dikatakan banyak berlaku di India memandangkan ketidaksamaan jantina yang berleluasa dan anak lelaki diberikan keutamaan. Maka, kelahiran bayi perempuan adalah sesuatu yang tidak diingini dalam masyarakat mereka menyebabkan golongan ini sering berdepan diskriminasi dalam komuniti.
Baca: “Kenapa buat gitu ke jenazah” – Kerana Terlalu Rindu, Anak Sanggup Korek Kubur Ibu Bawa Mayat Balik!