Disebabkan PKP yang sudah lama dilaksanakan, sesetengah individu membuat keputusan untuk ‘meninggalkan’ rumah masing-masing bagi tujuan mengehadkan pergerakan untuk menghentikan penularan wabak Covid-19.
Susulan daripada itu, keselamatan rumah perlu dititikberatkan sementara pemilik meninggalkan rumah. Namun, pelbagai perkara yang tidak dijangka akan berlaku sekiranya pemilik rumah takde dalam rumah.
Hal ini terjadi kepada seorang pengguna Twitter menerusi perkongsiannya di akaun @adib_ozil dimana dia melihat peti ais rumahnya berulat selepas 2 bulan tak balik rumah dan dia mendapati suis utama elektrik rumah tersebut mungkin ‘ditendang’ semasa kilat.
https://twitter.com/adib_ozil/status/1257177962786336768
Ergh.. memang banyak weh ulat kat tepi peti ais tu
Dalam pada itu rakan-rakannya bergurau dengan mengatakan perlu pakai full set PPE kalau nak bersihkan peti ais ni.
“Ni nanti nak bersihkan kene pakai full PPE macam frontliner ni”
Pada masa yang sama juga, ada juga netizen turut memberikan tips macam mana nak bersihkan dan hilangkan bau busuk daripada peti ais tu.
Letak roti bagi hilang bau
Lap guna esen vanila
Namun, ada juga yang suruh buang je peti ais tu daripada kena bersihkan sampai hilang bau
Buang fridge tu beli fridge baru
Just throw the whole fridge
Harapnya peti ais tu masih boleh pakai lah eh lepas dibersihkan.