in ,

“Tak pernah cuci peti sejuk ke” – Wanita Jumpa Pastri Puff Usia 25 Tahun Dalam Fridge, Siap MAKAN Lagi!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tak korang jumpa benda yang dah lama korang cari bila tengah kemas-kemas rumah? Korang ingatkan barang tu dah hilang atau lagi teruk, korang tak ingat pun korang pernah beli benda tu. 


Macam yang terjadi dekat sebuah keluarga di England ni. Menurut perkongsian Michael Patrick di Twitter, ibunya telah menemui pastry puff berusia 25 tahun yang belum digunakan ketika membersihkan peti ais! Lama tu! Dah berpuluh tahun baru jumpa.

Difahamkan, ibu Michael telah membersihkan fridge rumah mereka ketika tempoh lockdown akibat wabak Coronavirus.

Yang lagi mindblown, usia pastry tu sebenarnya adalah lebih tua daripada usia adiknya yang masing-masing lahir pada April 1995 dan 1997.

Walaupun dah berpuluh tahun produk makanan itu tersimpan dalam peti ais, ibunya kata pastry tu masih boleh dimakan. Mak dia siap buat dessert dengan pastry tu weh! 

Bukan tu je, mak dia juga berani try pastri tu. Katanya, masih sedap lagi walaupun dah berpuluh tahun. Biar betul mak dia sebab tarikh luput produk makanan tu adalah pada Mac 1995. 

 

Yang lagi power, peti sejuk rumah dorang tu pun dah berusia 30 tahun tapi masih boleh digunakan sehingga sekarang. Admin nak beli lah satu, baru lah tak cepat rosak. 

Baik korang check peti ais korang sekarang, kot-kot ada harta karun. 

Baca: “Berusia betul kacang tu” – Jumpa Kacang Hijau Berumur Cecah 20 Tahun Masa Isteri Bersihkan Peti Ais

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.