in

“Berkulat tau bekas tu!” – Ibu Pelajar SERANG Guru Hanya Sebab Tak Tolong Basuh Bekas Bekal Makanan Anak?

Featured Image Bekas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kisah mengenai gangguan dan ugutan daripada ibu bapa pelajar buat para guru di seluruh Malaysia kelihatan memang tidak akan berhenti begitu sahaja.


Saban hari, ada sahaja permintaan atau ketidakpuashatian ibu bapa kepada para guru mengenai layanan terhadap anak-anak mereka.

Apa yang lebih membimbangkan adalah, kini guru-guru sudah mempunyai group whatsApp bersama ibu bapa yang bertujuan bagi memudahkan penyebaran maklumat.

Namun, tular di laman Facebook mengenai seorang wanita yang dipercayai ibu kepada pelajar di sebuah tadika, mengamuk menghantar mesej di whatsApp guru hanya sebab tak tolong basuhkan bekas bekal makanan anaknya.

https://www.facebook.com/luna.cascada/posts/3474655512575720

Menurut perkongsian @Cik Ally, gambar yang dimuat naik di laman Facebooknya itu adalah merupakan hasil screenshot perbualan seorang ibu pelajar yang tidak puas hati terhadap guru di tadika tersebut yang juga merupakan ibu kepadanya.

Amboi, amboi. Dia ingat mak kita kuli batak dia? Memang la mak aku cikgu tadika je. Apa kau harap cikgu tadika nak setelkan semua hal anak kau hah?”

Melalui perkongsian tersebut, jelas kelihatan bahawa ibu kepada kanak-kanak yang dikenali sebagai Hannah Sofea itu sangat tidak puas hati dengan guru tersebut disebabkan tidak membantu basuh bekal makanan anaknya.

F87B6Dda74593A2155403B3D992D4344
Gambar hiasan

“Salam, cikgu memang malas cuci pinggan dekat rumah ke apa?

“Sampai berkulat bekal anak saya? Jangan sampai saya malukan cikgu dalam group!

“Jangan kata gaji tak dibayar untuk basuh pinggan ye, kerja tu biar ikhlas!” Ibu pelajar

Tambah Cik Ally lagi, sebelum ini, ibunya itu sanggup hantar pelajarnya ke rumah masing-masing apabila ibu bapa mereka tidak sempat atau kekangan masa menghalang mereka dari menjemput anak di tadika.

Jadi tidak adil jika dengan hanya berlakunya perkara seperti ini, segala kebaikkan guru-guru yang pernah dibuat pada sebelum ini terus dilupakan sebegitu sahaja.

Ish, cikgu pula yang disalahkan sebab tak basuh bekal makanan anak?

 

Baca: “Segala masalah terus pergi sekolah” – Sekolah Di UK Tidak Benarkan Parents Hubungi Guru Secara Langsung, Tapi Dekat Malaysia?

Adfcvhj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.