in

“Nak balik sambut Maulidur Rasul” – 6 Sekeluarga Di Sabah Kena Tembak Mati Dalam Bot

Keluarga Ditembak

Ketika dalam perjalanan pulang ke kampung halaman, enam sekeluarga di Sabah ditemui maut di dalam bot. Menurut FMT, keluarga itu dipercayai telah ditembak dan dijumpai di perairan selatan Filipina pada Selasa, 5 November lalu.

Insiden tragis itu berlaku selepas keluarga tersebut bergerak dari Pulau Denawan, Sabah menuju ke Siasi, Selatan Filipina untuk menyambut Maulidur Rasul dengan keluarga dan sanak saudara di sana.

Tembak3
sumber: utusan borneo

Ketika di atas bot menuju ke Siasi pada waktu malam, mereka dipercayai terserempak dengan bot lain yang tidak dikenali.”

Sekumpulan orang tak dikenali di atas bos terbabit telah mendekati bot mereka dan melepaskan tembakan.”

Hanya 2 orang yang terselamat manakala enam yang lain termasuk dua wanita dan seorang kanak-kanak 8 tahun, maut akibat kecederaan yang mereka alami.

Menurut WOB, 2 orang yang terselamat itu dikatakan telah mencari keluarga tersebut selepas dikatakan tidak sampai ke destinasi. Mereka kemudian ternampak bot itu hanyut dan menjumpai mayat keluarga tersebut.

Tembak1

Tembak2
sumber: wob

Kesemua mayat dibawa pulang ke Pulau Denawan di Semporna dan dikebumikan pada 8 November sebelum laporan polis dibuat. Semua mangsa disahkan tidak mempunyai sebarang dokumen dan tinggal di Pulau Denawan sebelum ini. Pihak polis masih menyiasat motif di sebalik pembunuhan ini.

“Buat masa ini, kes terbabit diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut.”

Admin rasa dorang kena tembak dengan lanun kot? Smiley Frown

Baca: “Mummy…mummy” – Foto Menyayat Hati Anak 3 Tahun Kejut Ibu Tak Bernyawa Tepi Jalan Lepas Dirempuh Kereta

Rempuh11