in

“Mummy…mummy” – Foto Menyayat Hati Anak 3 Tahun Kejut Ibu Tak Bernyawa Tepi Jalan Lepas Dirempuh Kereta

Rempuh11

Amat menyayat hati bila mengenangkan nasib kanak-kanak perempuan berumur 3 tahun ini, kehilangan ibunya di depan mata.

Kejadian yang berlaku beberapa hari lepas di Subang ini telah menyentuh hati netizen dimana ibu kepada kanak-kanak tersebut maut selepas dirembuh kereta jenis Range Rover.

Menurut perkongsian daripada Shamsuddin Ismail, ia berpunca akibat kecuaian pemandu tersebut,  rata-rata mangsa dirempuh adalah penunggang serta pembonceng motosikal ketika berhenti di lampu isyarat.

 

Sayu hati ini mendengar suara anak kecil itu memanggil-manggil ibunya, mummy…mummy, belum puas rasanya anak kecil ini untuk menagih kasih sayang dari ibunya.”

Rempuh7
Sumber : facebook
Rempuh3
Sumber : facebook      

Kejadian yang berlaku pada 30 Oktober lepas itu, menarik perhatian Shamsuddin apabila dia terdengar dentuman kuat dari pejabatnya.

Rempuh10
Sumber : facebook
Rempuh5
Sumber : facebook

Menerusi Sinar Harian, dalam insiden itu dua pembonceng wanita maut manakala empat lagi termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun cedera parah dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di persimpangan lampu isyarat Persiaran Kewajipan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, kejadian pada jam 10.01 malam itu dipercayai berlaku apabila pemandu sebuah Range Rover berusia 20 tahun dikatakan cuba mengelak pejalan jalan kaki.

Rempuh9
Sumber : facebook
Rempuh4
Sumber : facebook

“Apabila sampai di lampu isyarat Damen, pemandu hilang kawalan dipercayai mengelak orang melintas jalan lalu merempuh dua buah motosikal yang berhenti di lampu isyarat merah di Persiaran Murni.”

Pemandu itu turut merempuh seorang pejalan kaki iaitu seorang lelaki warga China berusia 24 tahun.

Rempuh
Sumber :facebook
Rempuh2
Sumber : facebook

Kesemua mereka dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Baca : “Api besar sangat, saya tak berani” – Video Sebak Pasangan Jadi Benteng Lindungi Anak Daripada Api Kebakaran Sampai Isteri Maut

Sebak