Najib Tarik Saman Fitnah 1MDB Terhadap Tony Pua

Tambah ke Sumber Pilihan
Najib Tarik Saman Fitnah 1MDB Terhadap Tony Pua

Nampaknya dalam masa beberapa hari sahaja bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dah menarik tiga saman terhadap beberapa individu secara berturut-turut.

Sebelum ini, Najib menarik saman beliau terhadap bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik berhubung dakwaan beliau menyalahgunakan dana kerajaan dan terhadap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berhubung isu penghapusan subsidi dan tuduhan fitnah cincin milik isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.


Najib 1 1
Sumber: Financial Express

Kali ini pula, menurut The Sun Daily, Najib dah tarik saman fitnahnya terhadap Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dan pemilik media Rakyat, Chan Chee Kong berhubung ulasan anggota Parlimen Damansara itu berkaitan dengan 1MDB.

Saman fitnah tersebut dah berlangsung selama tiga tahun apabia Pua menyampaikan ucapan berkenaan skandal 1MDB yang melibatkan Najib dan kemudiannya dimuat naik di laman media.

Tony Pua
Sumber: Blog

Semasa saman difailkan, Najib meminta permohonan maaf, penarikan balik kenyataan dan pampasan.

Namun, kini selepas perbincangan di dalam kamar Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, peguam Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun memberitahu saman tersebut telah ditarik.

“Selepas mendapat arahan daripada anak guam saya, kami telah menarik diri dengan syarat yang tidak didedahkan.”

Selain itu, difahamkan penarikan saman tersebut adalah tanpa kebebasan untuk memfailkan lagi. Sementara itu, Peguam Pua, Michelle Ng yang juga ADUN Subang Jaya dah mengesahkan penarikan saman itu.

Tarik lagi..

Baca: Najib Guna Duit Khazanah Bayar 1MDB – Sumber

Page Khazanah 758X399 1

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Amalina Zainal
Lagi tulisan Amalina
Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Najib Tarik Saman Fitnah 1MDB Terhadap Tony Pua
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/najib-tarik-saman-fitnah-1mdb-terhadap-tony-pua/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM