in

Najib Guna Duit Khazanah Bayar 1MDB – Sumber

Page Khazanah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lepas satu-satu kebenaran terbongkar mengenai 1MDB yang kini masih lagi dalam siasatan.


Menurut Malay Mail, dua sumber memberitahu Reuters bahawa pentadbiran bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menggunakan wang yang diperolehi daripada perjanjian dengan Khazanah Nasional Berhad untuk membayar sejumlah liabiliti milik 1MDB.

Khazanah Nasional Office Kl Afp
sumber: malay mail

Khazanah membayar kerajaan sebanyak RM1.2 bilion pada pertengahan tahun 2017 sebagai pertukaran untuk saham boleh tebus yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan. Tambah sumber berkenaan, dana tersebut kemudian digunakan untuk membayar beberapa hutang 1MDB kepada IPIC Abu Dhabi.

1MDB bersetuju untuk membayar 1.2 bilion AS Dollar iaitu sebanyak RM4.7 bilion kepada IPIC sebagai sebahagian daripada perjanjian penyelesaian yang dicapai pada bulan April 2017 selepas 1MDB memungkiri jaminan bonnya.

Kementerian Kewangan tidak segera bertindak balas terhadap permintaan untuk memberikan komen. Khazanah memberitahu Reuters melalui e-mail bahawa Kementerian Kewangan melaksanakan haknya pada Ogos 2017 untuk menebus Redeemable Convertible Cumulative Preference Shares berjumlah RM1.2 bilion yang telah dikeluarkan kepada kementerian pada 2011.

Fmt
sumber: fmt

Walau bagaimanapun, mereka tidak memberitahu sekiranya dana tersebut digunakan untuk membayar hutang 1MDB.

Kerajaan Najib juga telah menggunakan kira-kira 500 juta AS Dollar yang diperolehi menerusi perjanjian penjualan tanah dengan bank negara untuk membayar sebahagian daripada liabiliti 1MDB kepada IPIC.

Aduhai! Masak Malaysia gara-gara 1MDB.

Baca: Pengarah Mengaku Unit Dana RM9.8b 1MDB Adalah Penipuan

33 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.