in

Najib Suruh PH Jangan Sibuk, Bayar Hutang 1MDB

Najib 1Mdb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ni kecoh hal kapal persiaran mewah, The Equanimity, yang didakwa milik Jho Low kini dah tiba di Malaysia. Baru je semalam, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berpendapat jalan terbaik mengembalikan semula wang 1MDB adalah dengan menjual kapal itu pada harga terbaik.


Walau bagaimanapun, menurut Sinar Harian, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak tahu dan tidak berminat untuk tahu tentang kapal itu kerana ada yang lebih penting perlu difokuskan.

Image
sumber: sinar harian

“Saya tak tahu kapal itu dibawa ke sini, saya tak pernah naik pun. Cuma tahu apabila terbaca laporan daripada media. Sebabnya kita tak minat nak tahu mengenai kapal itu, apa yang lebih penting ialah penyelesaian hutang kepada IPIC.”

Beliau juga mengatakan tidak tahu bahawa pembelian kapal tersebut menggunakan wang daripada 1MDB ketika pentadbirannya.

Equanimity 0608 1533564943
sumber: nst

Ketika ditemui media di lobi Parlimen dan ditanyakan berhubung cadangan Lim Guan Eng untuk menjual kapal persiaran mewah berkenaan dengan harga terbaik, Najib menyifatkan itu adalah tindakan populis.

Ku
sumber: berita harian

Najib juga mendesak kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk fokus kepada penyelesaian hutang 1MDB kepada IPIC berbanding mencari pembida tertinggi yang akan menbeli kapal itu.

“Kerajaan patut fikirkan jalan untuk selesaikan hutang 1MDB dengan IPIC, jumlah itu besar. Berbanding sibuk cari pembida tertinggi untuk beli kapal mewah berkenaan.”

“Nilai aset (The Equanimity) kian menyusut, tak ramai orang di dunia ini mampu beli kapal mewah dengan harga yang tinggi. Apa yang penting bayar hutang 1MDB kepada IPIC.”

Bayar hutang dulu katanya.

Baca: “Mat Sabu menteri Kartun!” – Najib

Naj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.