in

Najib, Rosmah Kena Bayar Rafizi RM10,000

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Makin hari, makin bertimpa-timpa pulak masalah yang dihadapi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan isterinya, Rosmah Mansor ni. Kalau dulu mereka ada menyaman Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli atas tuduhan menarik subsidi minyak. Kali ni mereka pulak kena bayar ke Rafizi sebab tarik saman tersebut tak lama dulu! Opss! 


Menurut The Star, peguam Rafizi, Ranjit Singh beritahu lepas mereka bertemu dengan hakim Mahkamah Tinggi, Pesuruhjaya Kehakiman Rohani Ismail pada Selasa lepas, beliau dah putuskan supaya Najib dan Rosmah bayar RM10,000 pada Rafizi dan lagi RM10,000 pulak kepada Chan Chee Kong, pemilik portal Media Rakyat. So total RM20,000 lah kan? Ish, ish, ish…

Sumber: Blog

Peguan pasangan tersebut, Datuk Mohd Hafarizam Harun jugak mengakui yang bekas PM dan isterinya sudah pun menarik saman tersebut daripada Rafizi dan Chan serta mereka dikenakan bayaran sebab tarik saman tu.

Dalam pendakwaan lepas, Najib dan Rosmah dakwa Rafizi dah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap mereka berdua di sebuah forum dekat Bandar Tun Razak pada 22 November 2014 berkaitan isu subsidi minyak. Najib jugak claim yang Rafizi telah menggunakan kata-kata yang menghina kerajaan pimpinannya.

Sumber: mStar

Manakala Rosmah pulak pada masa yang sama menuduh kata-kata Rafizi sebagai satu jenayah besar. Adoi marah nauu Kak Ros dan Abang Jib kita! 

Menambah perisa kepada isu ini, Chan sebagai blogger Media Rakyat telah upload video tersebut ke Youtube, website Media Rakyat dan page Facebook portal tersebut. Dengan tu, Chan pun terheret sama dalam saman Najib dan Rosmah.

Emm lepas satu, satu ye…Kita tunggu apa lagi nak jadi lepas ni. 

Baca: Rosmah ‘Dalang Utama’ Kes 1MDB

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.