in

Najib Menangis Pegawai Keselamatan Ditarik

Nangis Najib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya satu persatu perkara menyedihkan kian menimpa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kita ni. Dalam posting Facebook semalam (29 Mei), Najib berkongsi beberapa gambar beliau memberi tabik hormat terakhir buat kumpulan pengiring dan keselamatan yang ditarik balik kerajaan baru Pakatan Harapan (PH).


Melalui posting tersebut, Najib meluahkan rasa sedih dan terima kasih kepada pegawai-pegawai yang selama ni pernah berkhidmat dengannya sejak beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi. Lama jugak tu! 

33958192 10155368026295952 2820935409071030272 N
sumber: facebook

“Hari ini, saya membalas tabik hormat dan mengucapkan selamat tinggal kepada kumpulan pengawal pengiring, Unit Tindakan Khas, polis pengiring dan pegawai, yang ditugaskan untuk menyediakan kawalan keselamatan dan bantuan kepada saya dan keluarga sama ada di Pejabat Perdana Menteri serta di kediaman rasmi Seri Perdana.

“Sejak beberapa minggu ini, kesemua pegawai keselamatan, polis pengiring serta pegawai bantuan yang ditugaskan kepada saya sudah ditarik balik oleh kerajaan baru kecuali seorang pegawai ADC (Aide De Camp),” katanya.

Tambah Najib lagi, situasi tersebut diselubungi dengan pelbagai emosi dan air mata ketika mereka lafaz untuk berpisah. Najib dan keluarganya pada masa yang sama takkan melupakan jasa-jasa pegawai ni yang dah berkhidmat lebih kurang 9 ke 14 tahun dengannya.

33871902 10155368026575952 4457008633892306944 N
sumber: facebook
33899152 10155368026515952 2856981428908851200 N
sumber: facebook
34046294 10155368026335952 2166021469878878208 N
sumber: facebook

“Sehingga kita bertemu lagi, saya ucapkan kepada mereka selamat maju jaya dan berharap mereka akan terus berkhidmat kepada kerajaan baharu dengan dedikasi dan kesetiaan yang sama ketika bersama saya.

“Saya juga mohon kerajaan baharu supaya sentiasa menjaga kebajikan mereka kerana mereka adalah anggota dan pegawai berdedikasi yang akan berkhidmat kepada kerajaan hari ini dengan penuh kesetiaan,” kata Najib di Facebook.

Tun M yang ditanya tentang soal pegawai keselamatan bekas PM tersebut ditarik balik menjawab, beliau pada mulanya tak tahu kejadian tu berlaku. Tapi Tun M kemudian mengatakan bahawa disebabkan bekas PM tu sedang disiasatlah pegawai tersebut ditarik kerajaan, lapor Malaysiakini.

Jika dia didapati tidak bersalah, maka dia akan mendapat layanan yang sama seperti (bekas) perdana menteri yang lain,” komen Tun M.

Terdahulu semasa kerajaan BN memerintah, Tun M pernah mengaku khidmat pengawal peribadi dan pembantu rumahnya telah ditarik oleh kerajaan di bawah pimpinan Najib.

Baca: “Najib dilayan jauh lebih baik dari saya” – Anwar 

Bang Nuar Komen Najib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.