in

Najib Bayar Peguam RM9.5 Juta Masa Kes Liwat Anwar?

Govt Should Investigate Claim That Najib Paid Shafee Rm9 5 Million In Anwars Case World Of Buzz 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ni rakyat di seluruh negara tengah bersorak kegembiraan sebab Anwar Ibrahim akhirnya dibebaskan dan telah mendapat pengampunan diraja semalam. Tapi ramai lupa yang ada isu lain perlu diselesaikan.


Menurut WORLD OF BUZZ, pemimpin AMANAH, Mohamed Hanipa Maidin telah meminta pihak berkuasa untuk membuat tindakan sewajarnya ke atas tuduhan bahawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membayar sejumlah wang kepada pendakwa raya semasa kes liwat Anwar suatu ketika dulu.

Govt Should Investigate Claim That Najib Paid Shafee Rm9 5 Million In Anwars Case World Of Buzz
Mohamed hanipa maidin | sumber: wob

Pendakwa raya yang dikatakan adalah peguam terkemuka, Tan Sri Shafee Abdullah. Najib khabarnya telah membayar wang yang banyak kepada Shafee berjumlah RM9.5 juta. Hanipa menggesa pihak berkuasa agar segera menyiasat kes ini bersempena pembebasan Anwar.

“Perlu juga disiasat dakwaan Sarawak Report tentang pembayaran RM 9.5 juta kepada Tan Sri Shafee dari dana yang ada kaitan dengan 1MDB.”

“Banyak pihak menggesa supaya isu ini disiasat. Isu ni pernah disuarakan di Parlimen namun tak mendapat jawapan daripada pihak BN. Pihak Pemuda BERSATU juga ada buat laporan polis, namun kita masih tak tahu keputusannya.”

Govt Should Investigate Claim That Najib Paid Sha World Of Buzz
Tan sri shafee abdullah | sumber: wob

Hanipa juga menegaskan bahawa rakyat perlu tahu kebenaran tentang hal ini dan tidak membuat spekulasi kerana ini tuduhan yang serius.

“Jadi kerajaan perlu bertanggungjawab untuk membuat penyiasatan yang telus dan terperinci bagi memastikan kebenaran tuduhan ini.”

Tuduhan tersebut dipercayai muncul dalam satu artikel Sarawak Report pada Mei 2017 yang mendakwa Shafee menerima RM9.5 juta daripada akaun Najib dengan dua transaksi. Pelantikan Shafee untuk mengetuai pasukan pendakwaan juga agak mencurigakan kerana ia selalunya bergantung kepada pendakwa raya awam.

Govt Should Investigate Claim That Najib Paid Shafee Rm9 5 Million In Anwars Case World Of Buzz 2
sumber: wob

Tindakan mengejut untuk mengambil Shafee juga menyebabkan ramai berfikiran bahawa terdapat satu konspirasi menentang Anwar pada ketika itu. Tapi dakwaan tersebut ditepis oleh Shafee dan kerajaan terdahulu. Kerajaan sebelum ini juga memaklumkan bahawa mereka hanya membayar RM1,000 kepada Shafee untuk menjadi ketua pendakwa raya.

Anwar sebelum ini pernah cuba memfailkan saman pemula untuk mengetepikan sabitan kes liwatnya berdasarkan laporan Sarawak Report namun ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Tuduhan serius macam ni memang patut disiasat dengan segera!

Baca: “Kenapa tak geledah awal? Najib nak bersahur” – Peguam

Naji

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.